Kami di yakin semua orang tak terlepas daripada melakukan kesalahan, begitu juga para artis...Pepatah ada mengatakan yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Sebelum banyak lagi pepatah yang kami keluarkan, jomlah kita layan dulu throwback ini!!!
Persengketaan Antara Ahli Keluarga Di Laman Sosial
Sekitar Jun yang lalu industri seni tanah air gempar apabila penyanyi rock lagenda, Amy Search dikatakan memaki hamun kekasih hati anaknya secara terbuka di laman Instagram milik Nabila Huda...
Tindakan Amy Search itu bersebab kerana berang dengan tindakan Nabila Huda memuat naik sekeping gambar yang mengundang kritikan peminat. Selang beberapa hari Nabila Huda tampil dengan beberapa tweet, merayu supaya Amy Search memperbetulkan kembali keadaan.
Persengketaan itu berlarutan hingga beberapa bulan namun air yang dicincang takkan putus, hubungan Amy Search dan Nabila Huda kembali pulih pada syawal yang lalu.
Sepatutnya masalah keluarga seperti ini harus diselesaikan secara baik dan tertutup, tambah-tambah pula mereka ini artis, hurm...
Bergaduh Sesama Artis
Siapa tak kenal dengan Sharnaaz Ahmad, hero malaya yang tak pernah lekang daripada kontroversi. Karakternya yang begitu lantang dalam memberikan pendapat dan teguran sering kali mengundang rasa tak puas hati banyak pihak...
Artikel Berkaitan:
Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad Dipanggil Karyawan
Isu Tengking Lisdawati: Sharnaaz Tak Sabar Beli Baju Baru Masuk Mahkamah
Kalau Nak Sentap, Sila Angkat Kaki Lambong – Sharnaaz Ahmad Beri Kritikan Pedas Kepada Peserta The Band
Terdahulu, Sharnaaz dikatakan telah menengking Lisdawati ketika berada di set penggambaran dan hal ini mengundang kemarahan suami aktres itu, Fauzi Nawawi.
Belum pun reda dengan kontroversi berkenaan, Sharnaaz menghentam pula peserta The Band. Jangan terkejut, Diva AA ‘why bother’ pun pernah kena hentam dengan Sharnaaz ini. Sharnaaz oh Sharnaaz!!!
Berhibur Di Kelab Malam
Mengunjungi kelab malam bukanlah satu perkara yang mulia di mata peminat apatah lagi apabila tersebarnya foto berhibur. Situasi ini terjadi kepada Erin Malek yang ketika itu baru beberapa hari melangsungkan perkahwinan...
Antara artis lain yang turut terpalit dengan kontroversi katanya berhibur di kelab malam ialah Tauke Jambu dan Zul Ariffin. Tapi Zul kata dia cuma tengok live band je, hurmm. Apapun, kepada peminat , kami sarakankan kalau nak berhibur pergi main bowling ke, tak pun cari mana-mana fun fair yang berdekatan. Lol!!!
0 comments:
Post a Comment