https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Friday 5 December 2014

Filled Under:

Penjelasan Sebenar Wan Muhd Apaf Shah, Rakan Tunang Mangsa Toreh !!!!!



Pasir Puteh: “Saya tidak terbabit dalam kejadian itu,” tegas Wan Muhd Apaf Shah Wan Ismail, 25, selepas gambarnya tersebar dalam laman sosial dan dikaitkan sebagai suspek kes samun dan toreh muka seorang wanita, Ahad lalu...

Menurutnya, dia hanya tahu gambarnya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApps selepas menerima panggilan daripada rakan di kampung.

Katanya, ketika kejadian, dia berada di Kuala Lumpur kerana menjalani latihan industri.
“Selepas gambar itu tersebar, saya menerima puluhan panggilan daripada keluarga dan rakan memaklumkan perkara itu...

“Saya tidak pasti mengapa gambar saya disebarkan sama ada sekadar bergurau atau mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya...

Menurutnya, dia mengakui berkawan rapat dengan tunang mangsa Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, kerana pernah bersekolah di sekolah sama sebelum ini selain turut mengenali mangsa...

“Saya akui mengenali mangsa, tetapi tidak rapat. Sebagai rakan, tidak mungkin saya sanggup buat perkara itu kepada tunangnya, malah saya sudah lama tidak pulang bercuti kerana sibuk dengan latihan industri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk siasatan lanjut...

Bapa Wan Muhd Apaf, Wan Ismail Wan Daud, 50, berharap polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar anaknya bagi membersihkan imej dia sekeluarga. ..



SUMBER:HARIAN METRO




0 comments:

Post a Comment