Perihal rumah tangga pasangan ini mula diperkatakan kira-kira setahun selepas mereka mendirikan rumahtangga pada 16 Mei 2009. Bagaimanapun kedua-duanya menafikan perkara itu...
Terbaru, isu rumah tangga Diana dan Zamarul kembali menjadi perhatian apabila Diana tidak menafikan, dia sering menghabiskan masa bersama anaknya, Kashfi Haikal, 4, berbanding bersama Zamarul...
Pemilik nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar, 32, ini bagaimanapun menegaskan perkahwinannya dengan Zamarul masih bahagia dan masing-masing menjalankan tugas serta tanggungjawab terhadap keluarga...
"Saya masih seperti biasa, sibuk dengan rutin harian, menjaga anak, memasak. Manakala Zamarul sibuk dengan penggambaran...
"Saya akui Zamarul memang sering sibuk dengan penggambaran dan menyebabkan kami jarang dapat ke majlis hiburan atau majlis lain bersama...
"Lagipun kerja kami tidak sama, dia dengan jadualnya dan saya dengan jadual saya. Apa pun setakat ini saya masih lagi bahagia bersama," katanya kepada Zass....
Diana berkata, dia bagaimanapun menghormati keputusan suaminya dan menganggap tidak bergambar bersama sebagai satu masalah...
Katanya, sebaik berita mengenai rumahtangganya kembali diperkatakan, Zamarul tidak memberi sebarang komen mengenai perkara itu...
"Dia hanya diam dan menjalankan rutin seperti biasa. Apa pun yang berlaku, semuanya telah diaturkan oleh ALLAH SWT," tuturnya ..
0 comments:
Post a Comment