https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Monday, 8 December 2014

Filled Under:

Intan Ladyana Tak Serik Untuk Bercinta Lagi, Cari Lelaki Matang!!!!



Kisah berakhirnya mahligai cinta yang dibina bertahun tahun pelakon ini mendapat perhatian ramai baru baru ini sehingga ada yang tidak percaya mereka berpisah. Tetapi itulah resmi orang bercinta mana mahu manis sentiasa ‘kan???

Intan Ladyana hari ini nampak sudah melangkah ke hadapan dari memikirkan kisah cinta lamanya itu walaupun pihak lelaki masih memberikan kenyataan tentang janji janji mereka berdua ketika masih bersama dahulu...

Bercakap kepada majalah Pengantin baru baru ini, pelakon ini bagaimana pun berkata yang beliau tidak serik untuk bercinta lagi dan menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran...

“Sejujurnya, saya tidak serik untuk bercinta lagi selepas ini. Apa pun yang pernah terjadi dalam kehidupan, saya jadikan ia sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk teruskan kehidupan seperti biasa. Jika takut untuk berhadapan, sampai bila bila tidak akan move forward,” ujarnya...

Kembali solo (katanya) pastinya Intan Ladyana diajukan soalan tentang lelaki idaman beliau untuk dijadikan teman hidup selepas ini...

“Saya sukakan seorang yang setia dalam perhubungan. Mempunyai sikap bertanggungjawab dan boleh berkomukasi dengan baik. Di samping itu. ada perhubungan baik di antara kedua dua belah keluarga sama ada keluarga saya atau keluarganya,” tambahnya lagi...





0 comments:

Post a Comment