Friday, 12 December 2014

Filled Under:

Elfira Loy Dan Baim Wong Akan Berkahwin???(17 GAMBAR)



Kalau boleh nak kahwin terus - Elfira Loy
Kedua-dua mereka menghadiri perkahwinan pelakon seberang, Raffi Ahmad dengan Nagita Slavina yang diadakan di Jakarta...
Elfira ketika itu menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna krim...
Malah gaya Elfira saling tak tumpah seperti dia pula yang berkahwin...
Elfira yang dihubungi BH Online berkata: "Dia (Baim) ada menghubungi saya untuk menemaninya majlis kahwin ini. Cuma saya secara peribadi tidak mengenali Raffi mahupun isterinya...
"Pada awalnya saya sendiri tak diberitahu majlis kahwin siapa yang bakal kami hadiri. Saya tak ada masalah menemaninya...
"Pada hari saya tiba di Jakarta barulah tahu majlis kahwin siapa sebenarnya. Sebelum ke Jakarta saya menjalani penggambaran di Manchester, England untuk drama 26 episod berjudul Setulus Janji bagi siaran RTM...
"Tapi, saya balik dulu ke Malaysia. Saya ke Jakarta ditemani ibu dan adik perempuan dan kebetulan mereka belum pernah ke sana," katanya...
Diusik dengan persoalan apakah dia dan Baim sebenarnya sedang menjalinkan cinta, Elfira menjelaskan sejak dulu lagi mereka rapat atas paksi sebagai kawan...
"Seperti saya pernah cakap sebelum ini, saya memang tak gemar bercinta. Kalau boleh nak terus langsungkan majlis kahwin. Sebab itu dengan Baim walaupun sudah empat tahun kenal, kami hanya berkawan saja...
"Soal kahwin itu semua berbalik kepada perihal jodoh. Jika diizinkan Allah dengan sesiapa termasuk Baim pun, saya terima dengan hati terbuka...
"Tapi kalau bukan jodoh saya, kita tak mampu melawan kehendak takdir," katanya...




Semoga hubungan ini berkekalan dan Elfira Loy serta Baim Wong disatukan. Jom layan gambar romantik mereka berdua...







































0 comments:

Post a Comment