sekadar gambar hiasan
Pesanan Rasulullah saw : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu. Apa yang di beri dan di lakukan suami untuk rumah tangga semuanya tidak berpuas hati.
Wanita Mananah: suka mengungkit apa yang di lakukan, menidakkan usaha dan jasa suami. Wanita ini biasanya bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan berangan untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari yang sedia ada. Dalam maksud yang lain, tidak bersyukur dengan jodohnya, Oleh itu, wanita ini mengkufuri nikmat perkahwinan dan merendahkan kebolehan serta kemampuan suaminya,
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita seperti ini suka menunjuk-nunjuk, memeningkan kepala lelaki dan suka membandingkan dirinya dengan orang lain.
Wanita Baraqah: Mempunyai dua makna. Pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. Mulutnya yang banyak cakap it umenyebabkan segala kerja yang di buatnya tidak menjadi.
0 comments:
Post a Comment