https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Sunday 30 November 2014

JAWAPAN PEDAS UNTUK SUAMI ...jika kita malas ehhh!!


sekadar gambar hiasan

”Awak dah check minyak hitam? Air ?” itu soalan rutin seharian dan sepetang si suami kepada saya…

”Tak check pun … nape? “

(Dah macam Iklan Pertonas tu pulak kan…? ~kenapa saya suka rumah saya…kenapa saya suka rumah saya……….sebab dia bessssst..!! ~ )

Sebagai seorang wanita yang bijak berhujah, saya pun jawablah dengan segala hujah² yang bernas. (Laaaa.. macam iklan beras lah pulok.. hehehe…)

”Sebab, saya tak mau orang lelaki rasa diri tidak diperlukan…” (sekilas pandang di sisi sebelah kanan, saya nampak si suami buat-buat tak dengar....)

Ye la kan, sekarang ni ramai wanita yang berkerjaya dan boleh berdikari. Ramai yang di luar sana dapat menguruskan hidup dengan baik sehingga kadang-kadang saya rasa kesian pada lelaki kerana sedikit demi sedikit penguasaan kuasa mereka terhakis.

” Walau pun saya boleh buat bang… tapi saya sengaja tak buat sebab saya nak awak rasa diri tu berharga, diperlukan sangat-sangat oleh isteri awak ni…. Nanti kalau dah semuanya saya buat, nampaklah sangat kebijaksaan saya ni… tercabar pula orang lelaki nanti…”

HEHEHE!!! Logik tak jawapan tu? Topik hangat untuk hari yang sejuk… alahai…




Saturday 29 November 2014

Bagaimana Ambulans Mendapat Nama??



Bagaimana Ambulan Mendapat Namanya. Jangan Terkejut! | Perkataan "ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital". Pada peringkat awal, "ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera...


 "Ambulance", dalam Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar 1798, juga merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan pengangkutan perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di Perancis sekitar waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey memperkenalkan perkhidmatan "flying ambulance" yang direka untuk membawa keluar para askar yang tercedera dari medan perang untuk rawatan semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya yang menunggu sehingga pertempuran berakhir.
Menjelang pertengahan abad ke-19, "ambulance" dikembangkan penggunaannya untuk merujuk kepada sebarang kenderaan yang digunakan untuk membawa askar yang tercedera di medan perang ke hospital tentera. Salah satu contoh terdekat ialah semasa Perang Krimea (1853-1856). Tidak lama selepas itu, semasa Perang Saudara Amerika, kenderaan pengangkutan perubatan sedemikian dikenali sebagai "ambulance wagon". Sejak itu, gelaran "ambulance" bagi kenderaan perubatan bergerak melekat sehingga sekarang. ..



"Ambulance" diterjemahkan sebagai "ambulans" dalam Bahasa Malaysia, manakala "ambulance chaser" bukanlah sejenis kenderaan...Ia gelaran kepada segolongan peguam dan dipercayai istilah tersebut mula digunakan sekitar 1897...Ia merujuk kepada peguam yang mendapatkan pelanggan dengan memujuk mangsa kemalangan untuk membuat saman ganti rugi... 



Eizlan Yusof Akui Masih Sayangkan Isterinya!!!



Berita kegoyahan rumahtangga Datuk Eizlan Yusof & isterinya, Datin Vie Shanti mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka pasangan ini sedang berhadapan masalah sehingga si isteri tampil memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah...

Pelakon juga ahli perniagaan itu sebelum ini gagal dihubungi untuk memberikan komen berkaitan perkara ini namun melalui Berita Harian hujung minggu ini, Eizlan Yusof tampil memberikan sedikit komen tentang keadaan dirinya sekarang...

“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”

“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” tambah Eizlan Yusof selepas dipujuk lagi untuk berikan komen...

Dari gaya bahasa dan kenyataan Eizlan Yusof ini, beliau seakan menafikan yang sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Mungkin ada ruang untuk pasangan ini kembali bersama. Kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka..






sumber:rotikaya



Model Cilik Yang Comel Macam Anak Patung!!!(6 GAMBAR)


Pasti anda semua tidak percaya akan gamabr di atas kan, kerana kanak-kanak  ini kelihatan seperti anak patung. Ira Brown hanya baru berumur 2 tahun, tetapi dia sudah menjadi model yang terkenal di Amerika Syarikat. Ibu bapanya telah menandatangani kontrak dengan beberapa jenama terkenal di pakaian kanak-kanak....



Kanak-kanak itu adalah seperti “Cutie Doll” sebenar. Menurut ibu bapanya, dia suka bergambar untuk kamera dan menggemari lakonan serta pertunjukan fesyen kanak-kanak. Jom kita lihat lagi gambarnya...


.
macam bidadari kecik



COMEL SANGAT KAN..






Amar Baharin Dan Izreen Azminda Bercinta???

Demam Amar Baharin dan Izreen Azminda nampaknya masih tidak kebah lagi. Mereka masih lagi dikaitkan antara satu sama lain walaupun kedua-duanya telah mengaku hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan. Kami memahami hati para peminat yang mahu mereka bercinta. Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Muka pun ada iras-iras. Orang kata muka seiras ini maksudnya ada jodoh yang kuat...


Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Amar Baharin ketika ditemuramah oleh MalaysianDigest ini memang lain macam juga sebenarnya. ‘Baik’, ‘comel’, ‘takut jatuh cinta’ dan beberapa lagi perkataan yang kalau anda seorang wanita, pasti akan cair mendengarnya. Kata Amar....


    Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini. Sebenarnya, kami berjumpa kembali selepas sebulan apabila masing-masing sibuk dengan penggambaran...

    Kami jarang berjumpa tetapi jika ada kelapangan, kami keluar setakat minum kopi. Kami sering juga berkongsi tentang masalah atau hal peribadi tetapi tidak semua kami kongsi apatah lagi lebih pada hal kerja.

    Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan...

    Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu ‘control’. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal. Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila..



Memang selalu terjadi kawan baik akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih dan akhirnya menjadi suami isteri. Mungkin satu masa nanti hal seumpama ini akan terjadi kepada Amar Baharin dan Izreen. Siapa tahu kan? Apa pun janganlah kita selaku peminat mengharap lebih-lebih. Kalau dah tertulis jodoh antara mereka, pasti akan ke jinjang pelamin jua. Tak gitu???


sumber:beautifulnara



8 Batang Jalan Utama Di Kuala Lumpur Ditukar Nama Bermula 26 NOVEMBER!!!!


JALAN DUTA DITUKAR KEPADA JALAN TUNKU ABDUL HALIM



KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan bahawa lapan batang jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur akan ditukar kepada nama lapan nama Yang Dipertuan Agong bermula 26 November..

Antara jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Khidmat Usaha ditukar kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah. Jalan Ipoh yang bermula dari persimpangan Jalan Segambut hingga persimpangan Jalan Pahang akan menggunakan nama baharu Jalan Sultan Azlan Shah...

Jalan duta berhampiran Istana negara yang menjadi laluan pintu masuk dari negeri-negeri utara ke Kuala Lumpur pula akan dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Halim manakalah Persiaran Duta digantikan menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin...

Sementara itu Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin manakala Lebuhraya Mahameru diberi nama Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Mahameru dinamakan semula sebagai Persiaran Tuanku Jaafar dan akhir sekali Jalan Semarak ditukar namanya menjadi Jalan Sultan Yahya Petra...

"Kerja-kerja pemasangan papan tanda nama jalan baru ini akan dilaksanakan pada 26 November," kata Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa di sini



SUMBER:SIAKAP KELI




Friday 28 November 2014

Berhati-hati Dengan Caj PPU Yang Dikenakan Oleh Syarikat Untuk Langganan Pelan Data!!!!



Akhir-akhir ini, kami menerima aduan dan perkongsian daripada pengguna talian prabayar, mengatakan mereka dikenakan caj PPU terhadap langganan pelan data mereka, sebaik sahaja penggunaan data mereka habis digunakan...

Untuk makluman, caj PPU adalah berdasarkan caj kepada penggunaan. Sebaik sahaja anda selesai menghabiskan kuota data untuk langganan internet anda, anda akan dikenakan bayaran mengikut penggunaan. Terdapat syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj setinggi 50 sen untuk 50kbps...

Penggunaan caj PPU ini bukan sesuatu yang baru, tetapi ia telah diimplementasikan sejak dari dulu lagi. Ia biasanya dikenakan terhadap langganan jangka-masa pendek seperti harian dan mingguan, tetapi agak mengejutkan apabila pelanggan turut dikenakan untuk langganan bulanan – yang mana sepatutnya tidak berlaku. Daripada pengamatan kami, hanya pelanggan prabayar sahaja seperti terkesan daripadanya, sebaliknya untuk pengguna pascabayar, kelajuan biasanya akan dikurangkan kepada tahap amat perlahan – tetapi masih sesuai untuk WhatsApp, Twitter, dan Facebook...

Daripada penggunaan kami untuk talian prabayar, kami gunakan #Hotlink yang menawarkan data secara percuma (pada kelajuan amat rendah), dan juga U Mobile yang menawarkan pakej serendah RM18 untuk sebulan tanpa sebarang caj PPU. Selain daripada bertukar talian, anda juga turut boleh memantau penggunaan data anda pada peranti pintar. Kebanyakkan telefon pintar pada hari ini hadir dengan sokongan memberikan anda notifikasi sekiranya anda telah mencapai sejumlah penggunaan. Sebagai contoh, pada peranti Android, anda boleh ke halaman Settings > Data Usage dan tetapkannya di sana...

Jika anda ketahui akan sebarang talian yang turut mengimplementasikan caj PPU untuk pakej bulanan, jangan lupa berkongsi dengan kami, sekaligus mengelakkan pengguna menjadi mangsa daripadanya...





10 SENJATA YANG PELIK DAN TIDAK MASUK AKAL YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUNUH!!!

Terdapat pelbagai senjata yang boleh digunakan untuk membunuh...Di Malaysia ada yang dibunuh menggunakan bom C4...Ada juga yang dibunuh menggunakan racun rumpai...Di bawah ialah siri gambar senjata aneh yang digunakan untuk membunuh...
























Artis-Artis Dan Selebriti Tempatan Yang Meninggal Di Usia Muda!!!AL-FATIHAH

Ramai artis/celebriti yang meninggal di usia muda. Jom senaraikan nama2 mereka dan sertakan alfatihah untuk mereka...

1.YANIE MENTOR



Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah...


2.ACIK SPIN


Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010...


3.DIN BERAMBOI




Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah...


4.DATO SOSILAWATI LAWIYA(TOKOH KORPORAT)


Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47...Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor...


5.FAIZAL YUSOF


Al Fatihah kepada bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah...


6.ARIFF JOHAN


KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2013: Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan Abdul Jalil telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah malam tadi...

Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya...

Kata Salamiah Hassan kepada kami, walaupun Ariff Johan dan Atilia sudah lama berpisah, namun pemergian Ariff Johan benar-benar menyedihkan buat dia sekeluarga...
.
"Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi. Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda dan saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu," katanya..

Jelas Salamiah Hassan lagi, sebelum disahkan menghidap penyakit kanser hati, Ariff Johan sendiri tidak menyedari tentang penyakit itu, namun dia seringkali tidak berselera untuk makan...

"Bapa dia ingat dia mahu diet. Tapi, bila dia buat medical check up, barulah dia dapat tahu dia menghidap penyakit kanser hati dan ianya sudah pun berada di tahap yang keempat...

"Tak sangkakan? Buat semua, hargailah orang-orang yang menyayangi kita terutama yang mereka yang rapat dan sentiasa berada di sekeliling kita. Hidup ini terlalu pendek dan kita tidak akan tahu bila masa kita akan pergi," katanya lagi...

Sepanjang hayatnya, arwah Ariff Johan pernah menyertai program Sehati Berdansa terbitan Astro bersama Atilia. Ketika itu, mereka masih lagi suami isteri. Pasangan ini bercerai pada awal 2009 selepas 10 tahun melayari bahtera rumahtangga...

Jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara selepas Zuhur nanti...

Kami mengucapkan takziah buat Atilia sekeluarga beserta keluarga Ariff Johan di atas pemergian arwah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin....










Safee Sali Dikritik Kerana Merokok!!!Piala AFF 2014


Kuala Lumpur : Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand baru-baru ini, kini satu gambar yang memaparkan Safee dilihat merokok pula dijadikan bahan oleh peminat untuk mengkritik Safee...

Di dalam gambar yang tersebar melalui media sosial itu, Safee Sali dilihat bersama-sama beberapa pemain kebangsaan yang lain seperti Kahirul Fahmi, Farizal Marlias dan Shukor Adan. Di dalam gambar tersebut Safee Sali dilihat sedang menghisap sebatang rokok sambil minum air disebuah restoran...



Perbuatan Safee di dalam gambar itu telah dikritik sehingga ada yang memberikan komen sikap seperti itulah yang menjadi punca kekalahan kepada skuad Kebangasaan pada malam esok dan juga menjadi punca prestasinya menurun..




Selain dari isu prestasi Safee Sali, orang ramai turut memberi komen kecewa apabila pemain bola sepak bertaraf professional dan antarabangsa memakai jaket pasukan Malaysia ketika merokok...

"Ia adalah sama sekali tidak profesional untuk berbuat demikian. Terutama sejak dia tidak mempamerkan aksi yang baik musim lalu,” kata peminat bola sepak tempatan...

Ada juga yang menyamakan kejadian ini dengan kejadian seorang pemain pasukan England dan Arsenal, Jack Wilshere yang memohon maaf kerana tindakannya menghisap rokok semasa bercui di Las Vegas, AS...



KISAH DUKA IBU DAN ANAK!!!



Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan yang kecil, tinggallah seorang perempuan bernama Solehah dan anaknya ,Amru yang baru berusia 5 tahun. Suaminya telah meninggal dunia ketika di medan perang. Maka tinggallah Solehah dan anaknya sehelai sepinggan meneruskan kehidupan di sebuah rumah kecil peninggalan suaminya. Kerja solehah sebagai penenun kain menjadikan hidup mereka serba sedikit senang. Dia dan anaknya masih boleh mengisi perut dan menjalani kehidupan walaupun tidak semewah orang lain. Sekurang-kurang mereka tidak perlu mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi. Jika ramai orang yang mengupah solehah untuk menenun kain, maka berisi lah perut mereka hari itu , tetapi jika tiada pelanggan, maka mereka terpaksa makan makanan simpanan sebelum ini yang sedikit untuk mengalas perut.Begitulah kerja Solehah yang tidak menentu setiap hari...

Pada suatu hari, tidak ada seorang pun yang datang ke rumah Solehah untuk mengupahnya menenun kain. Nasib baiklah, dia telah menyimpan sedikit roti untuk anaknya...

“Amru sayang, Umi minta maaf sebab hari ini hanya ada sedikit roti untuk amru makan, tapi Umi janji, esok kita makan nasi ya,” Solehah berkata kepada sambil menghulurkan beberapa keping roti untuk Amru...

“Umi, kalau Amru makan roti ni, Umi nak makan apa?” Amru menyoal ibunya yang masih tidak berhenti membelai rambutnya itu...

“Umi tak penting pun Amru. Amru makan kenyang-kenyang ya. Umi tengok Amru kenyang pun Umi rasa dah kenyang. Amru jangan risaukan Umi.” Solehah menjawab soalan Amru yang kelihatan masih setahun jagung itu. Bagi Solehah, dia tidak kisah untuk berlapar. Melihat anaknya ceria dan tersenyum setiap hari, itu sudah cukup membuat hatinya gembira...

“Umi, Amru janji, bila Amru besar nanti, Amru nak bekerja rajin-rajin. Amru nak bagi Umi makan enak-enak.” kata Amru pandai menjaga hati ibunya. Kemudian, dia menyuap sedikit roti ke mulut ibunya itu. Solehah hanya tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu...

Sejak kecil, Amru dididik dan dijaga oleh Solehah sepenuh kasih sayang. Dia diberi didikan agama yang sempurna dan diasuh bagai menatang minyak yang penuh, seekor nyamuk pun tidak dibiarkan hinggap di badan Amru. Baginya, Amru merupakan satu-satunya harta peninggalannya. Setelah beberapa tahun berlalu, Amru telah membesar menjadi seorang pemuda yang segak dan tampan. Solehah pula semakin lama, semakin tua tetapi keringatnya terus jatuh ke bumi mencari nafkah buat keluarganya.Perubahan mendadak ditunjukkan pada sikap Amru. Dia sering keluar untuk bersukaria bersama kawan-kawannya. Dia juga semakin degil dan selalu melawan cakap ibunya. Walaupun disuruh oleh ibunya untuk mencari kerja, tetapi nasihat ibunya yang tua itu langsung tidak diendahkan.Malah Amru sering menengking dan berkasar sehingga membuat ibunya itu terguris...

Solehah tidak tahu mengapa Amru bersikap sedemikian terhadapnya. Dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berkasar. Setiap hari, dia berdoa agar tuhan sentiasa melindungi Amru daripada sebarang perkara yang tidak baik. Amru pula, langsung tidak berubah, selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Dia akan ke pekan untuk menghabiskan wang yang diberi oleh ibunya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. Duit itu banyak dihabiskannya untuk berjudi.Disebabkan berjudi itu juga, dia selalu dipukul kerana tidak dapat membayar wang yang sepatutnya. Begitulah rutin harian Amru. Dia tidak serik untuk berjudi walaupun tahu akibatnya. Apabila balik ke rumah, badan Amru akan cedera dan luka di sana-sini akibat dipukul. Solehah jugalah orang yang akan merawatnya. Dia menyapu ubat di badan Amru sambil menitiskan air mata melihat anaknya itu. Semahunya, dia tidak ingin perkara itu berlaku pada anak kesayangannya itu...

“Sakitkah anakku? Umi sapu perlahan-lahan ya.Kamu sudah besar Amru. Umi, sudah beberapa kali pesan jangan berkawan dengan orang yang tidak elok akhlaknya. Kamu juga yang susah nanti,” ujar solehah memberi nasihat kepada anaknya itu.Begitulah kata-kata yang sama keluar dari mulut solehah tiap kali merawat Amru. Amru hanya membisu seribu bahasa. Kesakitan yang dialami menutup mulutnya...

Namun Amru tetap tidak berubah. Perangainya masih sama seperti dahulu. Kerap kali keluar ke pekan bersama kawan-kawanya untuk berjudi. Tiap kali dia berjudi tiap kali itu jugalah dia kalah. Nasib langsung tidak menyebelahinya. Dan tiap kali dia kalah tiap kali itu jugalah badannya akan menerima padahnya. Begitulah nasib Amru setiap hari. Nasib baiklah dia mempunyai seorang ibu penyayang yang masih mengambil berat akannya...

Setiap hari seperti biasa amru akan meminta wang daripada ibunya sebelum keluar.

Umi!! Amru nak wang lagi!! Cepatlah Umi, kawan-kawan amru tunggu Amru tu!! Tengking Amru kepada ibunya yang telah tua itu...

“Semua wang Umi sudah habis Amru. Wang semalam ialah wang terakhir dari simpanan Umi. Umi sudah tiada wang untuk diberi kepada Amru.” Jawab solehah pilu. Semua wangnya telah diberi kepada Amru tanpa sempat pun dia membeli sedikit makanan...

“Umi tipu!!! Umi masih ada wang tapi Umi tidak mahu beri pada Amru kan??!!” Tengking amru. Jawapan ibunya itu membuatkannya marah. Kemudian dia terus menggeledah seluruh isi rumah untuk mencari wang. Namun usahanya itu tidak berhasil kerana sekeping wang pun tidak berjaya dijumpai...

“Perempuan tua tak guna!!” Jerit Amru. Dia kemudian menolak ibunya sehingga rebah dan keluar dari rumah dengan perasan yang hampa. Amru benar-benar tertekan kerana jika tiada wang maka tiadalah keseronokan dalam hidupnya...

Di pertengahan jalan, Amru diberhentikan oleh seorang pemuda yang langsung tidak dikenalinya. Pemuda itu kelihatan kaya dengan pakaiannya yang mahal. Amru tidak sedar bahawa pemuda itu sebenarnya adalah syaitan yang menyamar sebagai manusia. Syaitan itu hanya ingin memerangkap amru.Bagi syaitan itu, Amru adalah orang yang sangat mudah diperdaya dengan harta dan wang...

“Apa sebenarnya yang kamu mahu ?” tanya Amru kepada pemuda segak yang berdiri di hadapannya...

“Aku hanya mahu menolong kamu. Bukankah kamu kesempitan wang sekarang? Aku mahu memberi kamu wang yang banyak.” Jawab syaitan itu memperdaya Amru...

“Memberi aku wang yang banyak?!” Amru terperanjat dan gembira...

“Ya. Wang yang banyak. Tapi dengan satu syarat.” Ujar syaitan bijak bermain dengan kata...

“Apakah syarat tersebut. Cakaplah apa yang tuan mahu? Segera juga aku penuhinya...

Syaratnya, bawa hati ibu kamu kepada aku dan wang yang banyak akan menjadi milik kamu...

Tanpa banyak berfikir, Amru terus berlari ke rumahnya. Tanpa belas kasihan amru membunuh menanam,dan mengambil hati ibunya.Ibu yang selama ini menjaga dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Ibu yang sanggup berlapar demi anaknya. Ibu yang sanggup bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anaknya.Ibu yang selalu merawatnya semasa sakit. Malah, ketika Amru pulang, ibunya sedang menyiapkan masakan kegemaran Amru tanpa terasa sedikit pun akan perbuatan Amru sebelum ini...
Amru sangat gembira kerana dengan hati ibunya itu, dia akan mendapat wang yang banyak. Dia terus berlari untuk mendapatkan pemuda yang berjanji dengannya tadi sambil membawa hati ibunya itu. Semasa berlari keseronokan membayangkan dia akan mendapat wang yang banyak, tanpa disedari Amru tersepak batu lalu terjelopok ke tanah.Dia mengerang kesakitan...

“Sakitkah anakku?” dengan izin Allah,tiba-tiba sahaja hati milik ibunya itu bercakap apabila melihat anak kesayangannya sakit akibat jatuh tersungkur.Dengan penuh kasih sayang hati itu terus bertanya. Soalan tersebut ditanya berulang-ulang kali sehingga membuatkan Amru terperanjat. Tanpa mempedulikan kata-kata hati itu, Amru terus mengambil dan membawanya kepada syaitan yang menyamar sebagai pemuda.. Syaitan berasa amat gembira sekali kerana misinya berjaya. Sebagai balasan Amru diberikan wang yang banyak sebagaimana yang telah dijanjikan...

Dengan wang yang banyak itu, Amru meneruskan kehidupannya dengan berjudi. Akhirnya sekelip mata sahaja wang banyak yang diberikan oleh syaitan tadi habis digunakan. Seperti biasa Amru akan dipukul. Apabila balik ke rumah, tiada lagi kedengaran suara bimbang ibunya. Tiada lagi ibunya untuk merawat segala luka-luka di badannya. Tiada lagi ibunya untuk memasak makanan kegemarannya. Tiada lagi ibunya untuk membelai-belai menidurkannya. Akibat sikap Amru yang suka berjudi, rumahnya dijual. Akhirnya Amru menjadi pengemis dan mati di tepi jalan akibat kelaparan...

Begitulah kisah menyayat hati seorang ibu dan anaknya. Kisah kasih sayang ibu kepada anaknya yang tidak berbelah bagi. Kisah pengorbanan seorang ibu. Betapa sayangnya seorang ibu kepada anaknya itu sehingga hati masih mampu berkata-kata, risau melihat anaknya sakit. Kita pula bagaimana? Sayangkah kita pada ibu kita? Pernahkah kita membuat ibu kita menangis? Pernahkah kita bayangkan kanak-kanak yatim piatu yang tidak mempunyai ibu? Bagaimanakah nasib mereka? Kita ni sememangnya bertuah kerana mempunyai ibu. Jadi hargailah ibu anda sebaik-baiknya...



Thursday 27 November 2014

MENANTU DURJANA!!!



MUAR: Seorang lelaki cedera parah apabila telah disimbah dengan air panas dan dipukul dengan cota oleh menantu yang dengan kejam di Ayer Hitam si sini...

Mangsa Mohd Noor bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai  Wak Jamil Gula Melaka yang melecur teruk dibadan dan muka serta cedera kerana dipukul dengan cota sekarang terlantar di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar...

Mangsa yang tinggal bersama anak angkat dan menantunya itu telah bergaduh kerana masalah melibatkan kewangan menyebabkan menantunya naik berang sebelum memukul mangsa dengan cota dan mencurah air panas tubuh mangsa...

Selepas berbuat demikian suspek dan anak angkatnya itu telah mengambil dompet mangsa dan melarikan diri dengan membiarkan mangsa mengelupur kesakitan seorang dalam kejaian yang berlaku pada pukul 4 pagi tadi...

Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, yang terdengar jeritan mangsa berkata, dia tidak berani untuk pergi menolong kerana suspek tersebut terlalu agresif dan terus mendapatkan Mohd Noor apabila menantunya itu beredar dari situ...

"Sebaik sahaja membuka pintu, dia terkejut melihatkan keadaan Wak Jamil yang berlumuran darah, tidak bermaya dan dalam keadaan merangkak meminta pertolongan," katanya yang dipetik dari Utusan...

Mangsa yang tidak mempunyai anak dan isterinya yang sudah meninggal dua tahun lalu tinggal dengan anak angkatnya dan sering pulang lewat kerana berniaga gula melaka...

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Muhammad Hanif Othman ketika dihubungi telah mengesahkan satu laporan polis telah dibuat dan gerakan memburu suspek telah dijalankan...

Beliau turut memberitahu hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau dalam jenayah. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata...


Peminat Bayar Keith Foo RM400 Untuk Basuh Kereta!!!(4 Gambar)



Berapa duit yang sanggup anda keluarkan untuk seorang selebriti popular bekerja basuhkan kereta anda? Seorang peminat wanita baru baru ini berbesar hati untuk ‘mengupah’ Keith Foo sebanyak RM400 kerana mahukan pelakon itu membasuh keretanya...

Namun, ini bukan perangai pelik atau fetish semata mata kerana ianya dilakukan untuk satu projek amal program 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan majalah hiburan popular URTV yang diadakan pada Sabtu lalu...

Keith Foo turut meluahkan rasa terkejut apabila ada peminat sanggup keluarkan duit sebanyak itu untuk menjayakan program amal ini...



“Saya tidak menyangka yang ada peminat yang sanggup membayar RM400 untuk saya mencuci keretanya. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada pembida iaitu Puyan Sania Saidi kerana sudi membuat amal bersama saya dan artis-artis lain,” ujarnya kepada Utusan Malaysia...

Hasil keseluruhan bidaan serta cucian kereta pada program amal itu telah menjadikan sumbangan berjumlah RM2,390 dan akan diserahkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia...





SUMBER:ROTIKAYA





Dimalukan kerana berak merata dalam rumah

siapa suruh berak merata dalam rumah kan dah kena denda.. tapi comel la pulak bila buat begini.. comel pun ada.. hahahaha..




TreeTop Crazy Rider : Roller Coaster Digantung Pada Pokok (13 Gambar) !!!!

Taman teman dan Roller Coaster memang tak boleh dipisahkan. Jika anda bosan dengan roller coaster biasa mungkin anda boleh mencuba Tree Top Crazy Rider. Ianya gabungan roller coaster dan zipline yang dipasang pada pokok. Ianya terletak di New South Wales, Australia dan sudah beroperasi sejak tahun 1998. Terdapat dua crazy rider yang boleh anda naiki. Untuk yang kurang berani terdapat laluan lebih santai sepanjang 300 meter. Jika anda mahukan thrill yang lebih sebuah laluan lebih mencabar sepanjang 1 kilometer untuk anda. Bayaran bermula dari 35 AUSD untuk kanak-kanak. Hanya mereka yang mempunyai berat diantara 30-120 kilogram dibenarkan menaiki thrill ride ini...Coaster dan zipline yang dipasang pada pokok. Ianya terletak di New South Wales, Australia dan sudah beroperasi sejak tahun 1998...Terdapat dua crazy rider yang boleh anda naiki. Untuk yang kurang berani terdapat laluan lebih santai sepanjang 300 meter. Jika anda mahukan thrill yang lebih sebuah laluan lebih mencabar sepanjang 1 kilometer untuk anda. Bayaran bermula dari 35 AUSD untuk kanak-kanak. Hanya mereka yang mempunyai berat diantara 30-120 kilogram dibenarkan menaiki thrill ride ini...