https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Thursday 4 December 2014

Filled Under:

P3lacur Jalanan Cilik!!!

Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.

Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa m3lacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera s3ks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu.

Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.

Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah p3lacuran...




P3LACUR KANAK-KANAK MENGERUMUNI 2 ORANG PEKERJA AMAL..



MEREKA MENYEDUT GAM YANG DIKENALI SEBAGAI COLA..


RAPHAELA ANTARA P3LACUR KANAK-KANAK



Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima...

Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan s3ks.

Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak ber–usia tujuh tahun berkata: “Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan...

“Seorang budak berumur 10 tahun dipaksa menjadi p3lacur...

“Kanak-kanak ini me–ngikut kebanyakan lelaki kerana mereka ketagih pada dadah dan memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli dadah...

“Mereka menggunakan dadah untuk berasa kebas akibat penderaan s3ksual, mula menjadi ketagih lantas perlu menjual diri ber–ulang kali bagi mendapatkan wang,” katanya.

Dadah mudah diperoleh secara meluas di Brazil dan negara ini berada dalam genggaman wabak ko kain crack.

Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik.

“Saya juga dibawa ke kawasan setinggan terkenal Santo Amaro untuk bercakap secara rahsia dengan seorang pengedar dadah berpangkat pertengahan, Stephanie.

“Dia memberitahu hanya menjual crack kepada remaja dan orang tua malah seorang pelanggannya bergelar peguam.

“Apabila saya memberitahunya dadah itu sering dijual kepada anak-anak muda, dia mula menangis kerana mempunyai anak ketagih ‘crack’,” katanya.

Beliau juga bertemu komander polis, Mejar Angelo yang menjemputnya ke stesen bersama seorang pegawai dari Jabatan Pemerdagangan Manusia.

“Pegawai polis terbabit memberitahu terlalu banyak kes seksual membabitkan kanak-kanak di negara itu sehingga mereka tidak ingat satu persatu,” katanya.

Mejar Angelo menambah: “Kami memandang serius isu berhubung peminat mahu melakukan hubungan s3ks dengan kanak-kanak.

“Kami menubuhkan talian bantuan dan bertindak segera dengan mana-mana panggilan serta mencari bukti,” katanya.

Namun tidak pasti sejauh mana serius dan ikhlas anggota polis di negara itu bagi membanteras kegiatan s3ks membabitkan kanak-kanak.

Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah s3ks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak.

Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah s3ks kanak-kanak yang dikenali.






0 comments:

Post a Comment