https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Tuesday 28 April 2015

Perut Si Kecil Ini Terus Membuncit.Korang Pasti Tidak Akan Percaya Dengan Apa Yang Doktor Temui Didalamnya!!


Doktor membuat penemuan yang mengejutkan selepas menjalankan imbasan CT pada seorang budak.

Perut budak lelaki yang berusia 4 tahun yang bernama Sivam Kumar ini telah didapati tersumbat dengan rambut manusia.



Menurut sumber, budak ini menghidap penyakit 'Sindrom Rapunzel', satu keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan kanak-kanak itu suka makan rambutnya sendiri.


Doktor fikir pada mulanya bahawa budak lelaki itu mengalami jangkitan selepas melihat perut kembung teruk beliau.

"Dia pernah menangis sepanjang masa tetapi dia tidak boleh menjelaskan kepada kami apa masalahnua. Kami membawanya menemui ramai doktor tetapi mereka tidak menjumpai apa-apa, "kata bapa budak itu.

Sivam menjalani pembedahan pada bulan Februari selepas pakar mengenalpasti punca sebenar keadaannya.


Ini sebahagian daripada rambut dikeluarkan berukuran lebih daripada 1.2 meter panjang.

Ibu bapa Sivam dinasihatkan untuk menjaga budak itu daripada makan rambutnya sendiri untuk mengelakkan kejadian itu berulang lagi.



sumber


Percayakah Anda Pelakon Sunsilk Ini Sebenarnya Adalah Isteri Kepada....?


Masihkah anda ingat dengan iklan sunsilk dulu-dulu?

Iklan dengan lagu yang berbunyi:
Tiada puisi atau lagu

Nyata kau satu, tiada berjuta

Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia

Nyata kau tiada tandingannya

Seikhlas hati aku menyinta

Kau istimewa buatku tenang

Tahukah anda wanita bertudung di dalam iklan sunsilk ini adalah isteri kepada Dato Aliff Syukri Terlajak Laris? Perhatikan betul-betul video ini. Anda pasti yakin ini adalah isteri Dato Aliff Syukri.

isteri-dato-aliff-syukri-iklan-sunsilk.p
Untuk pengetahuan, isteri Dato Aliff Syukri sendiri mengaku yang beliau pernah muncul dalam iklan sunsilk. Admin dengan segera mencari iklan sunsilk dan akhirnya admin pasti beliaulah pelakon iklan sunsilk ini.

Sumber: ohmy-gummy


Bahana Cinta Terlarang.!! Mayat pasangan kekasih ditemui dalam keadaan yang amat menggerikan..!!


Kejadian berlaku di jln Nabawan, Sepasang kekasih di temui mati tergantung akibat cinta terlarang, Kini mayat di temui sudah hampir reput. Pasangan kekasih ini mengingatkan kembali Kisah Romeo Dan Juliet, Pasangan telah ditemui mengantung diri mereka sampai mati di pokok ara. Pasangan itu di kenali sebagai Nur berusia 20 tahun dan Yadi berusia 25 Tahun.
Pasangan ini dikatakan sedang merancang untuk berkahwin tetapi mendapat tentangan dari ibu bapa mereka. Atas dasar cinta yang begitu teguh, mereka mengambil keputusan untuk membunuh diri.







Semasa di temui, mayat mereka sudah berbau busuk dan wajah mereka hampir tidak dapat dikenali lagi.
Polis masih menyiasat kejadian in


sumber





Korang Mesti Terkejut Beruk Selepas Lihat Video Nora Danish Dan Nedim Nazri Menari Sampai Pening


Saban hari, kami juga menunggu saat pasangan paling sweet Nora Danish dan Nedim Nazri untuk mengumumkan tarikh bahagia mereka.

Namun, sehingga hari ini mereka masih selesa dengan hanya bergelar pasangan kekasih. Takpelah, mungkin belum jodoh.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik oleh Nedim Nazri ini menarik perhatian apabila dia dan Nora Danish menari sampai pening. Sweet ke tidak? Tengok sendirilah!


Trying spin her around sampai pening… – Nedim Nazri





GEMPAR!! Akhirnya Kantoi Sudah Siapakah Amran Fans.Bukti Jelas Sudah Ada Wahai Fadzil Zahari..


Pada 26 April yang lalu Amran Fans telah mengadakan perasmian sebuah buku berjudul ‘Amran Fans’ di PWTC. Apa yang peliknya Fadzil Zahari dan Yana Samsudin turut hadir pada majlis perasmian tersebut. Dek kerana itu juga ramai peminat Amran Fans hadir untuk bertemu Amran Fans yang sebenar tetapi sehingga kini siapakan Amran Fans yang sebenar masih belum didedahkan.
Fadzil Zahari


Fadzil Zahari Hadir Ke Perasmian Buku Amran Fans
Tetapi……… saspek yang disyaki ‘Amran Fans’ ialah Fadzil Zahari sendiri kerana hadir di majlis pelancaran buku ‘Amran Fans’ sedangkan pelbagai krisis yang menimpa antara isterinya dan pemilik Amran Fans. Nak tahu contohnya apa boleh lihat artikel ini ‘Amran Fans Tulis Surat Jemputan Kepada Yana Samsudin‘. Lagipun rata-rata peminat Amran Fans telah meneka Fadzil Zahari ialah Amran Fans tersebut. Opss!
fadzil
Logik ke si Fadzil Zahari itu Amran Fans?
Agak-agak logik tak suami pelakon Yana Samsudin yang dikatakan sebagai Amran Fans? Penulis rasa ada logiknya apabila melihat post dari Amran Fans dan Fadzil Zahari yang hampir sama. Maknanya rajin bebenor Fadzil Zahari melayan Amran Fans punya post. Paling penting komen yang paling pertama pula tu. Ehem!
amran fans2
Agaknya apa yang korang rasa? Memang betul-betul misteri pemilik ‘Amran Fans’ ni. Ramai yang dah tidak sabar ingin ketahui hal sebenar. Amran Fans yang boleh dikatakan agak bernas pemikiran, kelakar, dan bla bla. Haishh siapakah ‘Amran Fans’yang sebenar?


Monday 27 April 2015

9 GAMBAR Rumah Banglo Mewah Berharga RM7 Juta Milik Linda Onn Yang Pasti Buat Anda Kata WOW !!!

“SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan,” tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang.
1
Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.
Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk. Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta (tetapi kini boleh mencapai harga RM7 juta!!!).
DARI ATAS IKUT ARAH JAM: KAMAR mandi peribadi pemilik kediaman yang berkonsep vila spa Bali. SUASANA malam di kediaman mewah Linda. LINDA mencurahkan idea sendiri dalam menata rias kediaman barunya.


“Diperkenalkan dengan Setiahills oleh seorang kawan, mula-mula saya langsung tidak berminat untuk membeli rumah di sini sebab harganya yang agak tinggi,” akui Linda, 32.
Sekadar menyebut harga kediaman yang baru didudukinya kira-kira sebulan itu dalam lingkungan jutaan ringgit, penyampai radio popular yang kini bertugas dengan stesen Sinar FM itu menyambung bicara, “Namun, apabila mengkaji semula bajet, Linda pun terima ini (pembelian banglo tersebut) sebagai satu tanggungjawab baru. Justeru, Linda terima cabaran dengan membelinya untuk dijadikan aset terbaru.”
Bersatu dengan alam
Dekorasi ruangan dalaman banglo Linda itu sebenarnya sama sahaja seperti banglo lain yang dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Namun, apabila bahagian belakang banglo itu bersatu dengan alam sekitar, keluasan dan keselesaannya mampu membuatkan emosi bebas daripada segala tekanan hidup.
Buktinya kawasan belakang banglo itu betul-betul menghadap bukit yang menghijau. Kedudukan banglo ini pula agak istimewa berbanding banglo-banglo berhampiran kerana ia terletak di lot hujung yang menyuntik ciri eksklusif yang ekstra.
ATAS: PERHATIKAN kolam mandi yang terletak dalam jarak hanya satu langkah daripada sofa di ruang tamu yang luas dan selesa ini. BAWAH KAMAR beradu Linda yang memiliki saiz melebihi saiz apartmen atau kondominium biasa.


Dinding ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik sederhana besarnya yang membina struktur belakang banglo itu bukan dibina dengan konkrit tetapi diwakili pintu kaca gelungsur telus pandang, yang apabila disingkap akan betul-betul mendedahkan bahagian dalaman rumah kepada dunia luar.
Bayangkan ini. Selangkah sahaja di belakang sofa di ruang tamu ialah kolam mandi yang lengkap dengan jakuzi. Kolam mandi tersebut dibina memanjang dari ruang tamu sehingga ruang makan dan pemandangan kedamaian kolam tersebut boleh dinikmati daripada bilik yang bersambung dengan ruang makan itu.
Melangkah pula dari ruang makan ialah zon bersantai yang menghadap kolam. Sempat Linda menjamu krew Jurnal menikmati juadah makanan di situ. “Terasa seperti sedang dalam percutian pula,” sahut jurugambar, Nooradzrene Mohd. Noor.
Melangkapkan suasana resort banglo Linda itu ialah sebuah gazebo, selain sebuah taman mini yang bersambung dengan ruang tamu di bahagian kanan rumah.
“Persekitaran kolam dan gazebo ini adalah antara ruangan yang paling saya suka di banglo ini selain dari bilik tidur saya di atas,” ujarnya mengenai banglo yang memiliki lima bilik – satu di bawah dan empat di tingkat atas serta sebuah bilik kecil untuk pembantu rumah.


Curahan idea peribadi
Meraih layanan kelas pertama, krew Jurnal sempat merasai betapa empuknya tilam di katil bilik utama Linda. Saiz bilik beradu Linda itu kalau dibuat perbandingan adalah lebih luas daripada sebuah apartment atau kondominium dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi.
Uniknya bilik tidur ini menepati ciri-ciri resort spa Bali dengan bilik mandinya yang amat luas dan terbuka – justeru, ia turut bersatu dengan alam.
Keluasan bilik tidur utama ini digandakan dengan pintu kaca gelangsar telus pandang dan beranda bersaiz mega yang menghadap bahagian belakang banglo dan menuju terus kepada pemandangan kehijauan bukit.
“Apabila mula-mula melihat ruangan dalam banglo ini saya terus terfikir, nampaknya saya perlu menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman. Namun, apabila difikir dengan lebih mendalam, saya bimbang pula tak menepati cita rasa, lalu saya mengambil cabaran untuk mencurahkan idea saya sendiri,” ujar Linda.
Menjadikan majalah-majalah dan program-program dekorasi di televisyen sebagai rujukan, Linda mengambil masa berbulan-bulan sebelum sepenuhnya berjaya memercikkan idea bagi menata rias seluruh ruangan banglo tersebut.
“Saya membuat tinjauan di kedai-kedai perabot, lampu, aksesori sehingga akhirnya mendapat barangan yang menepati kehendak saya bagi dekorasi banglo ini,” katanya.
Mengulas mengenai penataan warna, Linda memberitahu, “Sememangnya warna hitam dan merah adalah warna kegemaran saya. Merah mewakili tiga sifat – yakin, berani dan kuat, manakala hitam pula menawan dan misteri.
Tambahnya, “Sesiapa yang melangkah ke kediaman saya ini akan merasai aura gabungan kelima-lima elemen tersebut.”
Persinggahan sementara
Umum mengetahui Linda turut membawa ibu dan bapanya tinggal bersamanya sejak dia mula-mula membuka bisnes francais restoran nasi ayamnya yang terkenal itu, My Mom’s Chicken Rice sejak lima tahun lepas.
“Selama ini, Linda tinggal dengan ibu dan bapa di rumah jenis berkembar di kawasan perumahan mewah Beverly Heights di Ukay Perdana.
“Sebagai anak bongsu, ibu bagi Linda ibarat nyawa Linda. Ibu selalu kata, ‘Linda ni tak kahwin-kahwin juga sebab jadi baby girl semula’,” seloroh Linda sambil mengukir senyuman di bibir.
SESIAPA yang berpeluang menghuni di bilik tidur di tingkat bawah banglo ini, pasti merasakan seolah-olah sedang dalam percutian di sebuah resort.
RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.
RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.


Linda yang mengumumkan bakal membuka empat lagi cawangan My Mom’s Chicken Rice – dua di Melaka dan dua di Johor dalam pada itu mengakui ibunya, Saadiah, 67, lebih suka tinggal di Beverly Heights kerana selain sudah lama tinggal di sana, kejiranan di situ amat disenangi ibunya itu.
“Di Beverly Heights, hubungan sesama jiran sangat akrab dan saling mengunjungi khususnya apabila ada ada kenduri-kendara atau sambutan hari perayaan seperti Aidilfitri.
“Buat sementara waktu, banglo baru saya ini saya jadikan sebagai rumah persinggahan. Sebab itulah ada ruang yang belum sepenuhnya dihias, seperti bahagian balkoni bilik utama yang masih kosong lagi,” jelasnya yang turut memberitahu antara perabot yang dibawa dari rumah lama ke kediaman di Setiahills itu termasuklah sofa dan meja makan.
“Banglo ini sejuk suasananya, dan memanglah lebih luas berbanding rumah di Beverly Heights. Tapi suasananya sunyi,” ujar ibu Linda, Saadiah, ketika diminta mengulas mengenai aset terbaru anaknya itu.
Tidak banyak melontarkan bicara, itupun setelah puas dipujuk untuk bercerita tentang Linda daripada pandangan dirinya selaku wanita yang telah melahir dan membesarkan Linda, Saadiah sekadar menuturkan, “Doa ibu untuk Linda dan tiga anak yang lain itu untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna sudah tercapai.”
Jika ibunya sudah berpuas hati dengan pencapaian Linda selaku anak bongsunya, bagaimana pula dengan Linda?
Adakah dia sudah berpuas hati memiliki banglo mewah tersebut ataupun mahu membeli kediaman yang lebih mewah di masa hadapan nanti?
“Saya hanya jual banglo ini kalau harganya mencecah RM7 juta,” ujar Linda berseloroh.
Melahirkan isi hatinya, akui Linda, “Selepas menetap di banglo ini, barulah saya mamahami istilah home sweet home atau rumahku syurgaku.
“Ia sememangnya memberikan kepuasan seratus peratus apatah lagi dekorasinya adalah hasil curahan idea saya sendiri. Banglo ini sememangnya rumah impian saya.” KREDIT KOSMO ONLINE.


Friday 24 April 2015

6 Gambar Terkini Perubahan Mengejutkan Vie Shantie Bekas Isteri Eizlan Yusof ...


Kisah penceraian pasangan ini semestinya amat menyedihkan kerana anak-anak bakal menjadi mangsa.Terbaru kami terkejut melihat penampilan terbaru dari Vie Shantie yang teramatlah AWESOME








Thursday 23 April 2015

13 Fakta Tentang Pramugari Yang Mungkin Korang Tidak Pernah Tahu...

sekadar gambar hiasan


Ikuti luahan daripada mereka yang bekerja sebagai pramugari di awan biru. Luahan tentang apa yang mereka harapkan daripada penumpang/pelanggan, yang sememangnya kita tak pernah tahu tentang mereka:

1. Anda tidak pernah tahu:

# Mereka dilatih masuk hutan & berenang di laut semata-mata untuk membantu anda jika berlaku keadaan terburuk.

2. Anda tidak pernah tahu:# Mereka membahagikan makanan untuk anda, setelah itu barulah makanan untuk diri mereka.

3. Anda tidak pernah tahu:# Ketika pesawat panas kerana sistem penghawa dingin akibat tidak berfungsi, mereka juga turut kepanasan termasuk juruterbang juga turut kepanasan. Jadi berhentilah merungut pada mereka yang sentiasa tersenyum itu.

4. Anda tidak pernah tahu:# Mereka sekurang-kurangnya telah mengalami 6 kali penerbangan yang tertunda dengan penumpang yang sentiasa merungut dan mereka tetap tersenyum. Senyuman yang manis adalah senjata mereka.

5. Anda tidak pernah tahu:# Pelbagai jenis penumpang yang menaiki pesawat, dari ahli politik sehingglah tukang sapu, dari yang pendiam, bengis, dan garang malah yang banyak cakap atau banyak kerenah, mereka wajib menegur anda dengan penuh senyuman dan sopan-santun.

6. Anda tidak pernah tahu:# Beberapa kali mereka digoda penumpang setiap hari, dari yang muda hinggalah penumpang yang berumur, dan yang pasti mereka tetap ramah, menolak dengan nada yang mesra walaupun di dalam hati, mahu sahaja di tempeleng dengan kasut tumit tinggi mereka.

7. Anda tidak pernah tahu:# Setiap kali penerbangan, mereka juga turut berdoa supaya penerbangan tersebut lancar dan mereka juga dapat pulang dengan selamat sama seperti anda.

8. Anda tidak pernah tahu:# Mereka dilatih mengubati dan mengatasi penaykit jantung, asma dan lain-lain, turut membantu ibu mangandung, mereka diajar menggunakan peralatan kecemasan, dilatih bagaimana mengatasi atau berhadapan dengan pengganas, dilatih serba-sedikit untuk mematikan fius jika terdapat bom di dalam pesawat oleh kerana di dalam pesawat hanya mereka yang dapat anda harapkan.

9. Kadang-kadang anda melihat mereka asyik tersenyum sejak dari ‘take-off’ sampailah ‘landing’# Dan anda tidak tahu, jauh di sudut hati mereka, mereka menangis merindukan keluarga.

10. Kadang-kadang anda melihat mereka dengan barang berjenama.# Padahal mereka berbelanja kerana berusaha melupakan rasa rindu untuk pulang ke rumah kerana terhalang dengan tugas di awan biru.

11. Kadang-kadang anda melihat mereka duduk di ‘jump seat’ ketika selesai servis penumpang, tetapi mereka tidak pernah memejamkan mata.# Anda tidak tahu, mereka sebenarnya sangat mengantuk, sehinggakan mereka boleh tertidur tanpa perlu memejamkan mata. haha!

12. Kadang-kadang anda memprotes kerana menu tidak sedap.# Anda tidak pernah tahu sebenarnya mereka pun berharap dapat memenuhi keingingan anda, tapi apakan daya mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa. Kerana tidak semua apa yang anda inginkan ada di dalam pesawat, ini pesawat buknnya hotel atau kedai mamak yang boleh oder ikut suka hati anda. Mereka adalah ‘front-liner’ yang sering kali menerima leteran dari penumpang/pelanggan.

13. Dan anda tidak penah tahu.# Mereka sangat berharap sangat-sangat jika anda berada di posisi mereka, bayangkan perasaan apabila berjauhan dari keluarga tersayang, amat-amat menyedihkan.Ditambah pula jika terpaksa bertugas di hari lebaran atau salah seorang ahli keluarga telah meninggal dunia tetapi mereka tidak boleh pulang kerana terpaksa menghabiskan sisa tugasan.

Hampir 70% mereka menghabiskan kehidupan hanya di dalam ‘burung besi’ walaupun ramai yang menganggap kerjaya sebagai pramugari/pramugara adalah menyeronokkan kerana dapat mengembara keseluruh dunia.


4 Tips Memasak Cepat Khas Untuk Wanita Yang Super Duper Sibuk!!


Satu kelemahan orang yang tak cekap kat dapur ni ialah, tak mampu masak bila kesuntukan masa.
Contoh macam hari tu sibuk ada banyak urusan ke kan.
Confirm takkan masak. Tapaw kat kedai je. -____-

Aku salute dengan sorang kawan aku ni.
Dia seorang isteri, ibu kepada dua orang anak dan bekerja.
Rutin harian dia memang sibuk.
Setiap pagi bangun pukul 4.30 buat breakfast, siapkan anak apa semua.
Pagi-pagi pergi kerja, dah nak maghrib baru balik rumah.
TAPI.
Dia masih mampu masak untuk keluarga dia SETIAP HARI.
Dia cuma amik masa 30 minit je untuk masak nasi dengan lauk. Hebat kan?
Itu kelebihan orang yang cekap kat dapur.

Macam mak mertua aku pon cekap aku tengok.
Rasa macam baruuuuu je dia masuk dapur. Tetiba je dah bawak lauk pauk ke meja makan sambil,
"Ok jom makannnnn!!"

Nasib baik aku kalau bab makan, memang cekap.
Tak tahu la itu dikira kelebihan jugak ke apa. ;D

Tapi apa yang aku nampak,
kerja dapur ni memerlukan KEBIJAKSANAAN dan PERANCANGAN AWAL jugak sebenarnya.
Kau tak boleh menonongggg je masuk dapur sambil dagu kedepan,
pastu expect skill memasak kau sejibik macam Chef Wan.
Tak boleh.
Dagu kedepan pon tak guna kalau otak kebelakang. -..-
Dan multitasking skill kena tinggi untuk cekap di dapur.

Contoh sambil goreng ikan, sambil buat sambal tumis.
Sambil buat masak lemak, sambil siang ikan untuk masak esoknya.
Sambil masak, sambil kemas dapur.
Camtu.
Buat 2-3 kerja dalam satu masa.
Itu namanya CEKAP. Sambil masak sambil otak berjalan.

Aku ni bila entah nak sampai tahap tu. Selowwwww memanjang. -___-
Aku jenis yang tak suka rushing.
Macam sambil tunggu ikan masak kat atas kuali tu,
aku akan rilek kejap duduk atas bangku sambil dengar lagu sambil mengunyah.
Buruk betul perangai.
Nak harapkan dagu je la kedepan. T___T

So disebabkan kelembapan itu, aku mula berfikir.
Dengan perangai aku yang sedemikian rupa, macam mana aku nak menambahkan tahap kecekapan di dapur supaya aku boleh masak makanan yang berkhasiat untuk keluarga setiap hari.
Tanpa perlu mengubah perangai. Kahkah.

Dannnnnnn aku dah jumpa jawapannya.
Ni yang nak share dengan korang nih.
Walaupon kita sebenarnya pemalu. *tetiba*

Aku dah amalkan tips ni sejak 3 minggu lepas.
Dan hasilnya:
Aku mampu masak makanan best-best untuk keluarga setiap hari.
Masa yang diluangkan kat dapur hanya 20 minit sahaja.
Dapur tak bersepah dan tak perlu basuh banyak kitchen utensils. Cuma perlu basuh seketul kuali dan sudip sahaja. Yeayyy!
Kerja kat dapur lebih sistematik dan terurus. Tak payah pening kepala fikir nak masak apa hari ni. Sebab semua dah plan awal-awal.
Lebih banyak masa terluang untuk anak. Tak banyak masa lepak kat dapur.
Grocery shopping lebih cepat dan jimat.
Bagus untuk bajet bulanan. Boleh jimat RM100-150 sebulan. Dah boleh beli jubah baru satu. Eceh promosi promosi. ;D

Nak tahu camane aku boleh dapat semua tu?
Ok jom kita tengok satu per satu step dia.



1) Rancang menu untuk seminggu. Bukan sehari.

Macam aku, setiap hari Ahad lepas subuh aku akan sit down dan fikir menu untuk 7 hari akan datang.
Dan dalam bab fikir menu ni, jangan ikut syaitonirrojim. Ikut kemampuan.

Kalau menunya macam ni:
Isnin: Nasi beriani Kambing.
Selasa: Nasi Minyak Kari Ayam.
Rabu: Spaghetti Bolognese
etc etc..

Itu menu syaitonirrojim nama dia. ;D
Kalau ya pon nak menggembirakan perut suami, agak-agak la.
Fikir bajet, fikir khasiat setiap menu, fikir kesihatan keluarga.
Biar realistik, dan jangan terlalu optimistik. Nanti aku lestik.
Sekian pantun 3 kerat.

Macam kitorang, satu atau dua lauk untuk sekali makan sudah memadai.
Tak perlu meriah sangat.
Sebab tu badan aku macam megan fox.
*kentut lagi*

Bila selesai fikir menu untuk 7 hari akan datang tu, list down dengan jelas resepi dan bahan-bahan untuk setiap menu tersebut.


Jangan tanya mana resepi hari Jumaat. Sebab Jumaat hari cuti memasak.
Jumaat letih ok. Kan penat baca Yasin malam sebelum tu. ;D

Yang aku buat kat atas ni contoh je.
Korang nak buat 7 hari 7 resepi berlainan pon boleh.
Macam aku, aku buat 2 hari satu resepi yang sama sebab nak memudahkan pembelian barang dapur.
Supaya tak kalut sangat nak amik banyak benda. Maklom lah ada anak kecik.
Nak-nak pulak Haikal sekarang dah pandai amik barang masuk troli. Pfft.
Tetiba masa nak bayar ada 10 batang carrot dalam troli, padahal rasa macam aku amik dua je tadi. -____-

Plus, bila korang dah plan dan list down betul-betul barang dapur macam tu, korang akan lebih berdisiplin ketika grocery shopping.
Grab barang yang DIPERLUKAN sahaja.
Tak lah ikut syaitonirrojim sangat, main sambarrrr je mana nak.
Dan korang juga tak perlu amik masa yang banyak untuk grocery shopping.

Macam kitorang, grocery shopping adalah setiap Ahad.
Maksudnya kitorang akan beli barang dapur seminggu sekali.
Dan bajet kitorang adalah RM150 sahaja sekali shopping.
Guna cash, jangan guna credit card.
Kang RM150 takkan jadi RM150.80. Mesti jadi RM280 terus.

Syaitoooooonirrojim lagi.



2) Siapkan semua bahan untuk setiap menu sejurus pulang dari grocery shopping.

Macam barang basah seperti ikan, ayam, udang, etc etc, siang siap-siap sementara masih fresh.
Dah siang tu, basuh dan selawat siap-siap sebelum masuk freezer.
Supaya nanti nak masak, boleh defrost dan terus masuk kuali je.

Cara nak store dalam freezer, simpan dalam plastik atau container yang berasingan mengikut menu dan hari.
Isnin satu plastik, Selasa satu plastik, rabu satu plastik, dan seterusnya.
 So nanti nak masak, keluarkan plastik berisi ikan yang nak dimasak sahaja.
Tak perlu nak defrost semuaaaa sekali.
Ikan akan cepat rosak bila defrost-freeze-defrost-freeze banyak kali.
Kan dah membaziorrr.





Ok itu untuk barang basah.
Untuk barang kering macam bawang-bawang dan sayur-sayur, pon kena potong, basuh dan tos siap-siap.
Cuma cara penyimpanan dia berbeza sikit. Sebab sayur mudah rosak lepas dipotong.
So untuk bagi dia tahan lama, balut dengan aluminium foil.
Pon buat berasingan mengikut menu.

Kalau sayur yang mudah berair seperti tomato, bawang, dan sebagainya, balut dalam aluminium foil yang berasingan mengikut spesis mereka sahaja. -..-




Aku guna aluminium foil heavy duty, jenama Diamond. Sebab dia tebal dan tahan lasak.
Bila unfold banyak-banyak kali pon tak koyak. So boleh basuh dan guna berkali-kali.
Dah boleh jimat di situ.



3) Semua bahan yang dah siap disiang/ dipotong, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari.

Supaya korang tak komfius bawang ni untuk menu mana, kentang ni untuk menu mana.




Bila nak masak, buka peti, terus ambil bekas yang berlabel hari tersebut sahaja.
Senang.


Sekian sahaja 3 tips memasak dari saya yang dagu tak berapa kedepan ni. ;D
Aku harap, dengan mengamalkan kehidupan yang lebih sistematik camni, korang lebih bersemangat dan gembira dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang permaisuri rumah.
Taknak jugak cakap surirumah kahkah.

Kalau dulu, setiap kali memasak, mesti camni keadaan dapur.


Meletihkan.
Tapi sekarang, korang cuma perlu letih sekali seminggu sahaja.
Oh tak tak. Dua kali seminggu. Campur malam jumaat bahahahaha. ;D

Aku harap dengan perkongsian ini, wanita-wanita yang super-sibuk mahupon yang sibuk berangan kat luar sana, lebih kerap boleh memasak untuk suami dan anak-anak.
Ingat, air tangan tu penting.
Bak kata Azhar Idrus, "Biar tak reti masak, janji RAJIN MASAK."
=)




sumber


4 Gambar Kejam!! Sayu Hati Apabila Tengok Kucing Ini, "Ekornya Dah Dipotong' Apabila Perbuatan Manusia Lebih Kejam Dari Binatang!!


Dan yang terbaru ini menerusi laman sosial seorang jejaka meluahkan rasa sedihnya terhadap sikap manusia yang sanggup memotong ekor kucing. jejaka yang dikenali sebagai Tension Gile ini menaikkan satu status di fb yang sangat mengejutkan kita semua.. Dibawah ini saya sertakan screenshot cerita daripadanya..  fb beliau - http://goo.gl/G1J9Me






Punca Sebenar Yatt Hamzah Dan Suami Kembali Berbaik Semula...


Hampir maut di Syria menjadi punca hati Yatt Hamzah insaf dan kembali ke pangkuan suaminya baru-baru ini. Semuanya bermula apabila dia mengikuti misi bantuan kemanusian baru-baru ini bagi menghulurkan bantuan pada penduduk yang mengalami penderitaan.

Ketika Yatt dan suami selesai memberi bantuan disatu kawasan, tiba-tiba sebutir bom meletop di situ selepas beberapa minit mereka beredar.

"Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dasyat berbanding penduduk di Palestin, banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal.

"Saya hanya berserah pada Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut.

"Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana, saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,” katanya ketika ditemui media di majlis sambutan ulang tahun kelahiran anaknya di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

"Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku, apa-apa pun penduduk di Syria memang memerlukan bantuan terutama daripada semua pihak,” tambahnya dipetik sebagai berkata. -myartis


(4 GAMBAR) Bayi Dengan 8 Anggota Badan Dikatakan Dewa Ganesha Oleh Penduduk


Dewa Ganesha yang dikatakan dewa paling rajin dengan mempunyai 4 tangan dan kaki serta berkepala gajah itu ada pada diri bayi berkenaan. Sejak bayi itu dilahirkan sudah ramai orang berpusu-pusu untuk melihatnya dan belum sempat untuk diberikan nama.

Bagi ahli sains dan mereka yang tidak mempercayai ajaran tersebut mengatakan ianya masalah kecacatan pada kembar berkenaan.








Bayi itu kini dijaga didalam sebuah hospital dengan perngajaan rapi oleh pekerja disana bagi menggelakan sesuatu yang tidak diigini berlaku. Namun nasib ibu kepada bayi berkenaan tidak dapat disahkan.


Adik Sayang Mama...MAMA Tunggu Adik Kat Syurga Tau...


Berguguran airmata ini membaca luahan dari seorang anak sekecil ini kepada ibunya yang tersayang yang telahpun  kembali menghadap Illahi.

Adik ini berusia 8 tahun dan nota ini diambil dari bukunya.

Dan dari tulisan adik ini, kita tahun yang dia sangat rapat dengan ibunya hingga adik ini mengungkapkan kasih sayang terhadap ibunya dalam sehelai kertas dengan tulisan seorang anak kecil yang tulus ihklas hatinya.  


Anak ini begitu terasa kehilangan belaian kasih sayang dari seorang ibu tetapi dia tetap redha kerana Allah lebih menyayangi ibunya itu.


Tabahkanlah hatimu duhai anak yang telah kehilangan kasih seorang ibunya.

Apa yang saya hendak smpaikan ketabahan hati seorang insan yg masih kecil menghadapi ujian yang berat. Semoga arwah ibu di tempatkan di kalangan org yang beriman. Al fatihah


- um-fabulous


Wednesday 22 April 2015

Che Tang Berang Apabila Anaknya Diekspliotasi?


Pelakon jelita pinggang ramping, Rozita Che Wan atau Che Ta, 42, kesal dengan sikap sesetengah peniaga di media sosial yang mempergunakan gambar anaknya Aaishah Dhia Rana sebagai ulasan mengenai produk mereka tanpa kebenaran.

"Saya tak buat Instagram untuk Aishah tapi gambar-gambar yang di kongsi di Instagram tu cuma 'hashtag' saja.

"Namun, saya marah dengan pihak ambil kesempatan sesuka hati menggunakan gambar Aishah untuk ulasan produk mereka.

"Ada yang meminta maaf tetapi kemudian mereka masih gunakan juga," katanya ketika ditemui pada sidang media program realiti terbaharu Aku Yang Masak Kau Yang Panas terbitan produksi miliknya, Padusi Production Sdn Bhd, semalam.

Program yang bakal bersiaran 30 April ini di Astro Ria menampilkan 12 selebriti berentap menyahut cabaran untuk memenangi hadiah utama iaitu RM20,000 tunai dan trofi.

Antara selebriti yang terlibat Dafi, Hefny Saad, Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Keith Foo, Sharifah Shahora, Nadiya Nissa, Azwan Ali, Amelina, Syuk Balas dan Ieda Moin dan Michael Ang.

Malas Berlakon, Jual Minyak Wangi

Dalam pada itu Che Ta juga meluahkan rasa kecewa dengan berita sebuah media mengatakan dirinya sudah meninggalkan dunia lakonan.

Membetulkan kenyataan tersebut, tegas Che Ta dia masih menerima tawaran berlakon tetap tidak sekerap seperti dulu.

Bagaimanapun, Che Ta akui dia kini bersikap lebih memilih dan hanya mahu berlakon dengan produksi miliknya sendiri iaitu Padusi Productions.

"Saya bukan berhenti terus. Sejujurnya, saya akui sudah malas berlakon kerana penat dari pagi sampai ke pagi.

"Selama ini memang saya tak suka sangat berlakon tetapi sebab dulu tak tahu nak buat apa dan tawaran pun pada masa itu banyak, jadi saya teruskan.

"Sekarang saya ada banyak benda nak buat dan saya semakin seronok menerbitkan program dan sibuk dengan perniagaan online. Kalau nak berlakon pun dengan produksi sendiri atau Zeel Production sebab lebih selesa," katanya.

Selain semakin seronok bekerja di belakang tabir sebagai penerbit, Che Ta menumpukan perhatian pada perniagaan tudung dan terbaru dia bakal melancarkan minyak wangi jenamanya sendiri diberi nama Precious RCW.

"Alhamdulillah, perniagaan tudung saya juga semakin dapat sambutan. Sekarang ini tengah tunggu stok untuk jualan sempena Aidilfitri.

"Tak lama lagi saya akan lancarkan pula minyak wangi jenama saya yang berasaskan bauan vanila dan ros. Harga berpatutan hanya RM29.90.

"Saya terkejut sebenarnya sebab belum dilancarkan, baru seminggu saya uar-uarkan di Instagram saya, sudah habis terjual sebanyak 5,000 botol. Sekarang ni tengah tunggu stok baru," katanya.

-mD



Rozana Dakwa Tulang Rusuk Patah & Hidung Retak Dibelasah Awie


Isteri Awie, Rozana Misbun memberitahu Mahkamah Majistret semalam bahawa dua tulang rusuk kirinya patah manakala hidungnya pula retak akibat dibelasah pelakon dan penyanyi rock itu, dalam perselisihan faham yang berlaku Jun tahun lalu.

Rozana, 37, berkata, sebelum dibelasah Awie, 46, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, artis itu me­nuduh dia mencuri dan menggunakan duit RM400,000 yang disimpan di dalam akaun atas namanya tanpa kebenaran.

“Awie minta wang RM400,000 dari akaun saya tetapi saya beritahu tiada wang sebanyak itu dalam akaun saya.

“Duit tunai yang diberikan kepada saya pula saya belanjakan untuk urusan keluarga tetapi Awie tidak percaya lalu menumbuk muka saya bertubi-tubi terutama di hidung,” cerita Rozana.

sumber : Kosmo!


Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Belah Menantu Najib Di Almaty,Kazakhstan

Majlis resepsi perkahwinan anak perempuan perdana menteri, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya Daniyar Kesikkba, telah diadakan di pihak lelaki di Almaty, Kazakhstan pada 17 hingga 19 April lepas.

Menggabungkan elemen moden dan tradisi Kazakhstan atau 'Betashar', majlis berlangsung meriah dengan dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta 250 tetamu dari Malaysia, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam.

Antara yang turut hadir ialah isteri Yang DiPertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan isteri; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad dan isteri; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri; serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek dan isteri.

Kenamaan lain ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan isteri, beberapa kerabat diraja Perak, Pahang dan Selangor serta keluarga terdekat dan sahabat.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ibu Daniyar, Maira Kessikbayev (kiri) bergambar kenangan ketika meraikan majlis perkahwinan anak mereka Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev di Grand Ballroom Royal Tulip Hotel, Almaty, Kazakhstan.
--fotoBERNAMA

Turut memeriahkan majlis ialah para kenamaan dan tetamu dari Kazakhstan dan antarabangsa.

Semasa di negara itu, perdana menteri mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

"Dalam pertemuan itu kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama dua hala berkaitan perdagangan, ekonomi, pelaburan, industri dan kebudayaan di samping beberapa isu-isu antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan itu di Kuala Lumpur sebelum ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Mac dan Pusat Dagangan Dunia Putra pada 29 Mac.

Pada 4 April, satu majlis resepsi diadakan di kawasan Parlimen perdana menteri, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Nooryana dan Daniyar, masing-masing berusia 27 tahun, bertemu ketika sama-sama menuntut di Amerika Syarikat, dan mengikat tali pertunangan pada 2011.




- Bernama


Inilah 6 Gambar Wajah Sebenar Nor Edura Diyana,Bakal Isteri Kepada Pelakon Zizan Razak Akhirnya Didedahkan Kepada Umum?


Laporan akhbar baru baru ini juga mengatakan yang Zizan Razak telah menghantar rombongan merisik ke kediaman gadis tersebut ketika pulang ke kampung baru baru ini serta menyebut nama gadis itu sebagai Nor Edura Diyana Hisham.

Baru baru ini kami menerima satu e-mail dari orang kampung Zizan Razak mendakwa beliau kenal gadis tersebut dan berbesar hati untuk kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan peminat yang ingin tahu. Gadis berusia 24 tahun itu dikhabarkan masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Terengganu dalam bidang perakaunan.

Penghantar itu juga ada memaklumkan yang pelakon filem Polis EVO itu memang ada datang bersama keluarganya ke rumah gadis tersebut namun tidak pasti apa tujuan sebenar sama ada kunjungan biasa atau pun merisik. (rtky/m)








Black Dedah Gambar Pelajar Universiti Hina Anaknya 'BERUK'



Selepas meluahkan hasrat menyaman seorang pengikut Instagram yang menggelarkan anak dia, Khaleef Dayyan yang lahir pada Januari lalu dengan panggilan beruk, penyanyi Black Hanafiah mendedahkan pula identiti indivdiu berkenaan adalah seorang pelajar universiti.


Black berkata, individu tersebut yang merupakan seorang lelaki digesa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Sekarang ini saya sudah mengetahui identiti individu yang menghina anak saya dan dia sendiri pun sudah tahu siapa orang yang saya maksudkan selama ini. Jika dia masih berdegil untuk tidak membuat apa-apa permohonan maaf, tindakan undang-undang terhadapnya akan segera diambil,” katanya.


Isteri Black iaitu Naquia Yasirah Mohd Khairi memuat naik gambar individu yang memanggil anaknya beruk.

Dalam pada itu, Black berkata, dia memandang perkara itu sebagai serius kerana ia melibatkan anaknya dan menganggap individu terbabit cuma ingin mendapat publisiti murahan melalui komen di Instagram yang diberikan.

    “Walaupun perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak tetapi bagi saya ia adalah suatu perkara yang serius kerana ia melibatkan maruah anak saya. Individu terbabit cuma menginginkan publisiti murahan saja dan sekarang saya beri dia peluang untuk mendapat publisiti tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka,” tegas Black.

Tambah Black, tujuan dia mendesak individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka adalah untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. -sensasimalaysia