https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Sunday 14 December 2014

Filled Under:

Nama Puteri Mardiana Dikaitkan 'Artis Janda Beranak Tiga Ditangkap Khalwat???



Nama pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin dikaitkan dengan berita ‘Aktres Janda Anak Tiga Ditangkap Khalwat’ seperti yang dilaporkan sebuah akhbar sebentar tadi...

Astro Gempak juga menerima mesej yang dikirim menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ dari seorang individu yang telah mengesahkan perkara tersebut...

Menurut individu yang mahu namanya dirahsiakan, Putri Mardiana telah ditangkap bersama pasangannya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah kira-kira jam 3.23 pagi Ahad di kediaman aktres tersebut di sebuah kondo di Ukay Perdana...

Sumber Astro Gempak itu berkata kedua-dua pasangan yang ditangkap khalwat tersebut telah dibawa ke Balai Polis Melawati untuk diambil keterangan...

Pasangan tersebut ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram...

Pelakon berusia 33 tahun itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011...

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut...

SUMBER:ASTRO GEMPAK





0 comments:

Post a Comment