https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Monday 15 December 2014

Puteri Mardiana Menipu Pasal Status Shahrizam Abdullah!!!!


Isteri kepada Shahrizam Abdullah, lelaki yang ditangkap khalwat dengan pelakon Putri Mardiana pada awal pagi Ahad lepas mendedahkan dia dan suami masih belum bercerai.

Wanita tersebut telah meninggalkan komen di laman sosial Facebook salah seorang kenalannya dengan memberitahu tentang status terkini kes perbicaraan mahkamah dia dan suami.

Norhasni Md. Hashim menulis bahawa dia dan suami Shahrizam atau dikenali sebagai ‘Ejump’ masih suami isteri kerana cerai masih belum dilafazkan.

Dia turut memberitahu ‘Ejump’ tidak mahu melafazkan cerai dan perbicaraan masih berjalan, sekaligus menyangkal dakwaan Putri Mardiana kepada sebuah blog hiburan yang menyatakan kes teman lelakinya dengan isteri sudah selesai...

Selain itu, Norhasni turut membidas kenyataan Putri Mardiana bahawa ‘Ejump’ masuk ke dalam rumahnya hanya untuk meminum air sebagai sesuatu yang tidak berasas kerana masa yang diambil agak panjang...

Berikut kenyataan yang ditulis isteri teman lelaki Putri Mardiana, “Sorry yer sehingga saat ini ejump belum lafaz cerai dan tidak mahu lafaz cerai…kes masih berjalan…saman no: 1****-0**-0*** tahun 2014…so statement sudah diceraikan…masuk tuk minum air berjam-jam, huhuhuhu please la laaa logic la skit….”
Terdahulu, Putri Mardiana telah mengeluarkan kenyataan kepada sebuah blog hiburan dengan menyatakan ‘Ejump’ sudah melafazkan cerai terhadap isterinya pada perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin...

Malah pelakon itu tidak segan-silu mengaku hubungan cintanya dengan lelaki berstatus suami orang itu turut direstui keluarga...

Putri Mardiana juga mendedahkan sudah merancang untuk berkahwin dengan ‘Ejump’ pada tahun hadapan...


sumber:astro gempak




MESTI TAHU!! CARA MALAIKAT MAUT MEMBERITAHU BILA TIBANYA AJAL KITA


Mati ? adalah suatu perkara yang pasti berlaku pada semua hambaNya . Namun , yang membezakan kita antara yang lainnya adalah amalannya . Hari ini , infohub mahu berkongsi sedikit tanda awal malaikat memberitahu ajal kita akan tiba .

Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati - hati? "

Malaikat itu menjawab . "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba -aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya " ( HR imam qurthubi )

Beginilah cara kerja Malaikat MautNabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya . "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati? "

Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku " ( HR abu Nu ' aim )

Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa MenjawabRasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan , fulan bin fulan , apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul- betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar -benar ada dan terbukti. "

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah . "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat? "

Rasulullah menjawab . "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan , Tapi ketahuilah , mereka mendengarnya , hanya saja tidak dapat menjawab " (HR Bukhari Muslim)-infohub


Sunday 14 December 2014

Gambar Romantik Lisa Surihani Dan Yusri KRU!!!!



Setiap foto dan video yang dimuat naik mencerminkan rumahtangga mereka yang harmoni...

Sekeping foto yang baru dimuat naik oleh Lisa Surihani di akaun Instagramnya semalam betul-betul buat kami cemburu...

Lisa ni sebenarnya boleh di kategorikan sebagai nakal tau. Kalau tak percaya, cuba lihat aksi Lisa kepit Yusri tu. Comel kan!!!

Pengikut Lisa pun bukan main seronok melihat kemesraan pasangan ini. Mereka mendoakan mereka cepat menimang cahaya mata tau!!!!



Tak sabar nak tengok baby Lisa dan Yusri. Ikatan mereka pun sudah sah, rasanya tak salah pun bagi mereka kalau nak tunjukkan kemesraan bersama...

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Lisa dan Yusri. Oh ya, tahniah Lisa kerana berjaya menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) kelmarin...








Kisah Dua Pemuda Mabuk Disuruh Menjadi Imam!!!



  Arak merupakan ibu kepada kejahatan kerana apabila kita mabuk akibat arak kita tidak akan sedar apa yang kita lakukan. Kisah ini di kongsikan oleh Ustaz Farid Ravi di FB beliau. Ianya berkisahkan tentang 2 orang pemuda Arab yang berasal daripada Madinah datang bercuti ke Turki. Apa yang mengejutkan adalah, Imam Masjid di hotel berkenaan meminta mereka untuk mengimamkan solat Subuh, namun ketika itu mereka dalam keadaan mabuk kerana meminum arak pada malam hari sebelumnya.. Baca kisahnya....

Dua orang lelaki dari Madinah al-Munawarah bercuti ke Turkey untuk rehat dan minum arak. Apabila kedua mereka tiba di Istanbul, mereka check in hotel, petugas di reception meminta alamat bagi tujuan pendaftaran, mereka menjawab:

"Kami dari Madinah al-Munawarah." Petugas di kaunter pendaftaran itu sangat gembira mendengar kedua mereka dari Madinah, lalu di beri bilik yg luas dan view yg sangat cantik, kerena mereka berdua dari Madinah kota suci tempat bersemadinya kekasih kita Rasulullah saw. ...

Selepas masuk kedalam bilik, kedua lelaki ini minum arak, salah seorang dari mereka minum sepuasnya, mabuk tak terhingga, seorang lagi separuh mabuk....

Tepat jam 4pagi bilik mereka diketuk, salah seorang yg tak berapa mabuk dalam keadaan tak larat, membuka pintu lalu didapati seorang lelaki memberitahu:

"Selepas Imam kami mengetahui kamu berdua dari Madinah al-Munawarah, imam kami tidak mahu mengimamkan solat fajar, kerana ada org arab dari Madinah di hotel ini," kami harap saudara dapat imamkan kami". Lelaki itu memberitahu dengan nada yg penuh harapan:

"cepat-cepat turun yea, kami tunggu kat bawah."

Lelaki yg mabuk itu kebingungan, lantas dikejutkanya kawan dia yg seorang lagi ( mabuk sangat), sambil bertanya:" engkau hafal al-Quran tak?"....

sayang, kawan dia dah macam mayat, tak sedar diri dek kerana mabuk. Selang beberapa minit, bilik hotel diketuk lagi, suara dari luar berkata:

"Cepat sikit tuan kami dah lama tunggu ni, jgn lambat nak syuruq dah ni...".

Tanpa berlengah lelaki yg separuh mabuk, masuk bilik air mandi dan berwudu lalu turun ke masjid untuk solat dgn pendudk setempat.

Ketika masuk kedalam masjid lelaki itu sangat terkejut, kerana jemaah yg berkumpul untuk solat fajar seperti jemaah solat jumaat. Kedatangan lelaki ini disambut dengan penuh kemulian, jemaah berbaris dan bersalam dgn penuh penghormatan, kerana pemuda ini datang dari Madinah al-Munawarah. Pemuda itu mengimamkan solat fajar, rakaat pertama dan kedua dibacanya surah al-Ikhlas, kerana itu sahaja yg dihafalnya.

Selesai solat, sekali lagi jemaah salam dan berpeluk dgn pemuda tersebut. Peristiwa ini menjadikan kedua2 mereka bertaubat dari minum arak. Mereka memulakan kehidupan baru, dengan menpelajari agama, menghafal al-Quran. Alhamdulillah, kini kedua mereka menjadi pendakwah yg tersohor.

Maha Kaya Allah swt yg memberi peluang untuk manusia kembali ke pangkal jalan hidayah...

SUMBER:FB


Kenapa Scha Al Yahya Tertekan????


SCHA TERTEKAN DENGAN DESAKAN PEMINAT MENYURUHNYA MEMADAN IKLAN DI INSTAGRAM

Bukan mudah menjadi selebriti terkenal dengan pengikut yang ramai. Scha Al Yahya berasa rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur iklan yang ditulis peniaga-peniaga dalam talian pada gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut...

Bukan hanya Scha saja tetapi kalau dilihat ramai artis yang mempunyai pengikut yang ramai mempunyai masalah yang sama. Terlalu banyak iklan pada setiap komen gambar yang di post kan oleh mereka di instagram. ..

Dalam pada itu, Scha berkata, dari satu sudut, dia tidak menyalahkan komen iklan tersebut berikutan ia sebagai salah satu cara untuk menolong peniaga-peniaga baharu mencari rezeki...

Katanya, perkara tersebut juga memudahkan dia mencari sesuatu barang secara dalam talian...

"Saya tahu ramai yang marah dengan peniaga-peniaga barang yang komen di rrungan gambar artis. Saya juga marah tetapi kalau fikir balik itu sahaja cara ingin tolong mereka...

"Lagi pun saya mudah untuk mencari sesuatu barang yang saya inginkan," katanya.

Spamming ini sebenarnya tak kira di facebook mahupun di instagram, media sosial ini merupakan medium yang mudah bagi peniaga untuk melariskan penjualan...

SUMBER:BERITA SEMASA


Keajaiban Pelukan Ibu,Bayi Yang Disahkan Meninggal Dunia Hidup Kembali!!!!!

 Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada akhirnya.Hati wanita mana yang tidak terusik tatkala anak yang dilahirkan tiba-tiba dikhabarkan tidak mempunyai denyutan jantung dan tiada nafas...

Pastinya luluh hati seorang ibu apabila menerima berita kematian zuriat yang di nanti-nantikan selama ini, meskipun tahu Allah menjanjikan syurga buat anak-anak kecil ini...




Ini sebuah kisah benar yang amat memilukan lagi mengejutkan dunia...

Seorang ibu yang baru melahirkan sepasang kembar pada mulanya terpaksa menerima ketentuan Ilahi salah seorang anaknya didapati mati ketika dilahirkan...

Namun, siapa mampu menolak keajaiban yang berlaku hasil doa pengharapan seorang ibu...

Dikhabarkan, ketika ibu tersebut memeluk anaknya buat kali terakhir sambil menangis dan berdoa, berlaku keajaiban apabila anak yang disangka sudah meninggal dunia itu tiba-tiba kembali bernafas lalu mengeluarkan tangisan seorang bayi...

Para doktor dan kakitangan hospital yang melihat insiden tersebut, turut menangis dan tersentuh melihat keajaiban tersebut...

Para ulama menafsirkan kejadian tersebut adalah bukti kekuasaan Allah, selain dari segi Sains kehangatan tubuh seorang ibu serta bunyi detak jantungnya mampu memberi pengaruh positif pada si anak...

Ibu, sememangnya insan yang dianugerahkan Ilahi mempunyai naluri istimewa terhadap anak-anak yang dikandungnya...

Oleh sebab itu, kita dilarang sama sekali menyakiti dan melukakan hati seorang ibu kerana pengorbanan dan kasih sayang mereka terhadap kita sangat luar biasa...



SUMBER:KATAK COMEL



Nama Puteri Mardiana Dikaitkan 'Artis Janda Beranak Tiga Ditangkap Khalwat???



Nama pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin dikaitkan dengan berita ‘Aktres Janda Anak Tiga Ditangkap Khalwat’ seperti yang dilaporkan sebuah akhbar sebentar tadi...

Astro Gempak juga menerima mesej yang dikirim menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ dari seorang individu yang telah mengesahkan perkara tersebut...

Menurut individu yang mahu namanya dirahsiakan, Putri Mardiana telah ditangkap bersama pasangannya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah kira-kira jam 3.23 pagi Ahad di kediaman aktres tersebut di sebuah kondo di Ukay Perdana...

Sumber Astro Gempak itu berkata kedua-dua pasangan yang ditangkap khalwat tersebut telah dibawa ke Balai Polis Melawati untuk diambil keterangan...

Pasangan tersebut ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram...

Pelakon berusia 33 tahun itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011...

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut...

SUMBER:ASTRO GEMPAK



Pelakon Filem Seram Ditangkap Khalwat!!!!!



Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi...

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam...

Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram...

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011...

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut...

SUMBER:GOSIP DAN KONTROVERSI HIBURAN


Kenapa Pengarah Filem Frozen Berasa Bersalah Dengan Lagu "LET IT GO"????


Pengarah filem Frozen, Jennifer Lee memohon maaf kepada orang ramai terutamanya ibubapa di seluruh dunia kerana pengaruh filem frozen dalam kalangan kanak-kanak di seluruh dunia...

Filem Frozen sehingga kini menjadi sensasi tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang tua. Lagu 'Let It Go' yang menjadi 'trademark' kepada filem itu sehingga kini boleh didengar di corong-corong radio dan pasaraya...

Memetik laporan dari portal Metro.co.uk, pengarah filem itu memohon maaf kepada mereka yang sakit hati dengan lagu itu...

"Setahun lepas, apabila saya berjumpa orang ramai, yang kemudiannya tahu siapa saya, berkata - Oh, kami suka lagu itu, kami selalu menyanyikannya."

"Sekarang, mereka cuma berkata - Ya, kami masih lagi mendengar lagu itu."

"Daripada perasaan bangga, kini saya berasa bersalah", kata Jennifer...

Sambungan dari filem Frozen kini dikatakan dalam proses pembikinan dan ini bermaksud satu lagi lagu seperti 'Let It Go' akan menemui peminat dan menjadi kegilaan ramai sekali lagi. ..

SUMBER:SIAKAP KELI



APA GUNANYA BERTUDUNG KALAU BEGINI!!!( 12 Gambar)


Huh.. panas.. panas... bila melihat gelagat sesetengah wanita yang tak faham dengan konsep menutup aurat.. gelagat mereka mengundang dosa kaum lelaki yang melihatnya...
Apa maknanya bertudung.. jika aurat lain terdedah.. lurah atas terdedah, lurah belakang, seluar dalam terdedah, nampak betis, nampak ketiak.. TAPI bertudung !..
Seperkara lagi ada wanita yang bertudung, tapi berpakaian ketat, sendat. Konsep 'menutup aurat' dengan 'membalut aurat' adalah berbeza....


Ada pula yang bertudung, tapi tiada segan-silu membuat perkara-perkara yang menjatuhkan maruah wanita-wanita lain yang bertudung seperti berkhalwat, minum arak dan sebagainya...




ini bertudung, tapi macam telanjang je...pakai legging nipis ketat sampai nampak seluar dalam...





bertudung, tapi tayang g-string, saja nak menunjuk kot....




bertudung.. tapi posing menggoda.. saja nak menunjuk peha gebu!!!







pelik betul..... fesyen apa ni?.. bertudung dan berskirt pendek!!!



nampak lurah tu adik!!!



bertudung tapi buat keje haram..buat malu je..





Saturday 13 December 2014

11 Hadiah Paling Sesuai Untuk Korang Beri Kepada Rakan Anda Yang Kaki Kuat Makan,No. #3 Sangat Ekstrim!!!


Memikirkan hadiah apa yang patut diberikan kepada seseorang sememangnya memeningkan kepala. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu adalah orang yang penting dalam hidup kita, sudah tentu kita mahu memberikan hadiah yang bererti kepadanya.

Jika orang itu seorang yang sukakan makanan, anda bernasib baik kerana disini kami bawakan 11 hadiah yang menarik dan unik untuk diberikan kepada mereka yang sukakan makanan.

Barang-barang ini mungkin susah untuk dicari di Malaysia, tetapi banyak dijual di ebay yang mana kebanyakannya menawarkan perkhidmatan penghantaran barang. - Siakapkeli.com.my

1 - Cawan Pemanas Biskut

2 - Khemah Tembikai

3 - Pinggan Sushi Jerung

4 - Kepala Spray Buah Lemon


4 - Pemisah Telur Kuning Ikan Emas

5 - Gunting Pemotong Pizza

6 - Katil Hamburger


7 - Lampu Aiskrim

8 - Sarung Tilam Pizza

9 - Sofa Cokelat

10 - Stapler Sushi

11 - Pendrive Tembikai



Luahan Hati Pelanggan Proton Apabila Tidak Tahu Kepada Siapa Harus Minta Tolong...


Begitulah terjadi kepada seorang pemilik kereta nasional ini apabila kereta yang dibeli mempunyai masalah dari awa pembeliannya dari tahu 2010 hingga sekarang yang telah menulis meluahkan perkara ini di media sosial.

Dimana keretanya mempunyai pelbagai masalah dan dihantar kepada pihak proton tetapi jawapan yang diberi oleh pihak proton kepadanya adalah tidak amsuk akal seolah-olah cuba melepaskan diri.

"Kami sekadar mengetengahkan masalah pengguna, tiada niat hendak memburukkan mana-mana pihak. Harap pihak yang terlibat ambil serius perkara ini kerana melibatkan hal nyawa"

Mari kita baca kisah luahan pengguna ini.

"SAYA telah membeli sebuah kereta Proton Pesona pada tahun 2010. Sehari selepas keluar dari "bilik pameran" kereta saya mengalami masalah iaitu kereta kehilangan kuasa pecutan dan mati di tengah jalan. Sebagai pengguna kita faham akan sedikit kerosakan dan percaya pihak pengeluar akan membaikinya sebaik mungkin.

Sangkaan saya meleset kerana selepas kejadian pertama, berlaku lagi beberapa bulan kemudian dan terus berlaku sehingga kali yang ke empat. Memandangkan masalah yang berlaku mengancam nyawa saya dan keluarga, saya mula takut untuk menggunakan kereta tersebut. Bayangkan ketika memandu di lebuh raya kereta hilang kuasa dan mati secara tiba-tiba. Ada antara kejadian yg menyebabkan saya dan Isteri hampir-hampir dilanggar oleh pengguna jalanraya lain.

Yang lebih menyakitkan hati, Pihak Proton tidak dapat mencari punca kerosakan sebaliknya mula mencari alasan daripada bertanggungjawab. Alasan yang di berikan adalah pemain DVD yang saya baru pasang beberapa bulan sebelum karosakan kali ke empat. Untuk memuaskan hati saya terima walaupun rasa diri terlalu ***** untuk terus di per*****kan. Memang alasan mereka meleset, kejadian sama berulang lagi beberapa bulan selepas itu. Untuk pengetahuan, pemain DVD tersebut tidak ada sewaktu kerosakkan pertama hingga ketiga. Pihak Proton sendiri mengakui akan hal ini.

Memandangkan kerosakan yang berulang kali dan saya minta pihak Proton untuk mengeluarkan surat jaminan yang perkara ini tidak berlaku lagi. Berbulan-bulan saya tunggu pihak Proton bagi jawapan. Memang hampa. Akhirnya selepas tiga bulan menanti saya ambil keputusan untuk bawa perkara ini ke mahkamah.

Nasihat daripada kawan-kawan yang pernah bekerja di Proton memang benar. Apa juga alasan Mereka cakap Proton pasti menang. Saya kalah hanya di sebabkan resit pembelian DVD tidak disertakan.

Yang lebih pelik lagi Proton menang tuntutan parking kereta yang saya tidak ambil sejak dari hari kereta itu rosak. Peliknya sudah lah Pihak Proton tidak pernah menghubungi saya untuk mengambil malah tiada sebarang notis agar saya mengambil kereta tersebut agar tidak di kenakan sebarang bayaran. Proton mendakwa telah menghantar surat menggunakan pos biasa. Tapi saya memang tidak pernah terima apa-apa surat daripada Proton agar mengambil kereta itu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, saya turut diminta membayar kos penyimpanan kereta sebanyak RM13,000. Begitulah nasib rakyat marhaen seperti saya."

Sumber


Penampilan Seksi Izara Aishah Yang Mengancam!!!(5 Gambar)



Cantik sungguh penampilan Izara Aishah dan Ummi Nazeera ketika menggayakan fesyen Adila Long baru-baru ini. Ramai memuji kecantikan tersendiri kedua-dua artis tempatan ini...

Tentunya, penampilan berhijab Ummi Nazeera paling mencuri tumpuan. Bukan sahaja kelihatan anggun dengan busana yang dipakai malah nampak manis bertudung sehingga membuatkan ramai jejaka di luar sana tidak senang duduk...

Adakah korang antara jejaka yang terpikat dengan penampilan terkini Izara Aishah dan Ummi Nazeera? Jom lihat foto kat bawah...








sumber:gosip dan kontrovesi hiburan


Akhirnya Emelda Hamil Anak Sulung Selepas Lima Tahun Berkahwin!!!


Menerusi akaun Instagram beliau baru baru ini, isteri kepada Adlin Aman Ramli ini kongsikan berita gembira di mana beliau mengesahkan dirinya kini hamil. Pelakon dan juga kini bergelar pereka fesyen itu kongsikan gambar kit ujian kehamilan yang tunjukkan tanda positif...

“Alhamdulillah and thank you so much kepada semua yang prihatin dan mendoakan kebaikan untuk Mel. InshaAllah kalau ada rezeki dari Allah. Tak terbalas semua doa doa dan ucapan tahniah anda semua. Thank you so much once again,” tulis Emelda lagi..


Sepanjang perkahwinan selama lima tahun bersama Adlin, mereka telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Edra Rafael yang kini memasuki usia tiga tahun.

Tahniah buat kedua dua mereka dan keluarga...

SUMBER:ROTIKAYA



GAMBAR ANZALNA NASIR MANDI BUIH DI SINGAPURA TERSEBAR!!!


Pelakon terkenal, Anzalna Nasir kini berada di Singapura bagi mempromosikan filem lakonannya berjudul A Love to Remember untuk pasaran stesen TV Singapura...

Anzalna Nasir telah berkongsi beberapa gambar sepanjang keberadaannya di sana menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan para peminat dan apa yang menarik, beberapa keping gambar Anzalna telah menjadi bualan hangat para netizen...

Salah gambar yang menjadi tumpuan itu ialah gambarnya mandi buih di Marina Bay Singapura...



SUMBER:E.BERITA