https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Sunday 14 December 2014

Filled Under:

Keajaiban Pelukan Ibu,Bayi Yang Disahkan Meninggal Dunia Hidup Kembali!!!!!

 Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada akhirnya.Hati wanita mana yang tidak terusik tatkala anak yang dilahirkan tiba-tiba dikhabarkan tidak mempunyai denyutan jantung dan tiada nafas...

Pastinya luluh hati seorang ibu apabila menerima berita kematian zuriat yang di nanti-nantikan selama ini, meskipun tahu Allah menjanjikan syurga buat anak-anak kecil ini...




Ini sebuah kisah benar yang amat memilukan lagi mengejutkan dunia...

Seorang ibu yang baru melahirkan sepasang kembar pada mulanya terpaksa menerima ketentuan Ilahi salah seorang anaknya didapati mati ketika dilahirkan...

Namun, siapa mampu menolak keajaiban yang berlaku hasil doa pengharapan seorang ibu...

Dikhabarkan, ketika ibu tersebut memeluk anaknya buat kali terakhir sambil menangis dan berdoa, berlaku keajaiban apabila anak yang disangka sudah meninggal dunia itu tiba-tiba kembali bernafas lalu mengeluarkan tangisan seorang bayi...

Para doktor dan kakitangan hospital yang melihat insiden tersebut, turut menangis dan tersentuh melihat keajaiban tersebut...

Para ulama menafsirkan kejadian tersebut adalah bukti kekuasaan Allah, selain dari segi Sains kehangatan tubuh seorang ibu serta bunyi detak jantungnya mampu memberi pengaruh positif pada si anak...

Ibu, sememangnya insan yang dianugerahkan Ilahi mempunyai naluri istimewa terhadap anak-anak yang dikandungnya...

Oleh sebab itu, kita dilarang sama sekali menyakiti dan melukakan hati seorang ibu kerana pengorbanan dan kasih sayang mereka terhadap kita sangat luar biasa...



SUMBER:KATAK COMEL





0 comments:

Post a Comment