Kuala Lumpur: “Sepatutnya harga tiket penerbangan untuk enam orang hanya RM2,700, tetapi melonjak sehingga RM5,500 gara-gara helah wanita itu,” kata wanita mahu dikenali sebagai Pairus, 41, yang mendakwa ditipu dalam urusan membeli tiket penerbangan ke Brunei...
Dia mendakwa wanita itu yang juga ibu kepada pemain bola sepak kebangsaan turut menipu dua keluarga lagi yang mahu ke destinasi sama menjadikan keseluruhan kerugian kira-kira RM5,000...
Menurutnya, keluarganya serta dua lagi keluarga terbabit mahu ke Brunei bagi menemani anak masing-masing ke Festival Bola Sepak Sekolah Sukan 2014 pada Sabtu dan Ahad ini...
“Kami mengenali wanita itu, sebab itulah saya percaya apabila dia menawarkan untuk membantu kami mendapatkan tiket dengan harga murah dan berjanji akan menyerahkan tiket itu pada 3 Disember,” katanya kepada Harian Metro...
Katanya, dia mulai curiga apabila wanita itu masih belum menyerahkan tiket, malah memintanya menambah RM1,080 kononnya disebabkan kehabisan tiket...
“Semuanya terbongkar apabila individu di syarikat penerbangan yang saya hubungi mendakwa wanita itu tidak menyerahkan sepenuhnya wang kepadanya,” katanya...
Menurutnya, disebabkan itu, dia terpaksa menambah lagi RM2,800 untuk mendapatkan tiket yang dikehendaki...
“Apa yang dikesali adalah saya terpaksa menambah wang untuk pembelian tiket itu yang sepatutnya sudah diselesaikan,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, selasa lalu...
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Mohd Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan, namun kes itu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban untuk siasatan...
Salah Seorang Mangsa
0 comments:
Post a Comment