Wednesday, 22 April 2015
Filled Under:
Che Tang Berang Apabila Anaknya Diekspliotasi?
Posted By:
Unknown
on 21:46
Pelakon jelita pinggang ramping, Rozita Che Wan atau Che Ta, 42, kesal dengan sikap sesetengah peniaga di media sosial yang mempergunakan gambar anaknya Aaishah Dhia Rana sebagai ulasan mengenai produk mereka tanpa kebenaran.
"Saya tak buat Instagram untuk Aishah tapi gambar-gambar yang di kongsi di Instagram tu cuma 'hashtag' saja.
"Namun, saya marah dengan pihak ambil kesempatan sesuka hati menggunakan gambar Aishah untuk ulasan produk mereka.
"Ada yang meminta maaf tetapi kemudian mereka masih gunakan juga," katanya ketika ditemui pada sidang media program realiti terbaharu Aku Yang Masak Kau Yang Panas terbitan produksi miliknya, Padusi Production Sdn Bhd, semalam.
Program yang bakal bersiaran 30 April ini di Astro Ria menampilkan 12 selebriti berentap menyahut cabaran untuk memenangi hadiah utama iaitu RM20,000 tunai dan trofi.
Antara selebriti yang terlibat Dafi, Hefny Saad, Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Keith Foo, Sharifah Shahora, Nadiya Nissa, Azwan Ali, Amelina, Syuk Balas dan Ieda Moin dan Michael Ang.
Malas Berlakon, Jual Minyak Wangi
Dalam pada itu Che Ta juga meluahkan rasa kecewa dengan berita sebuah media mengatakan dirinya sudah meninggalkan dunia lakonan.
Membetulkan kenyataan tersebut, tegas Che Ta dia masih menerima tawaran berlakon tetap tidak sekerap seperti dulu.
Bagaimanapun, Che Ta akui dia kini bersikap lebih memilih dan hanya mahu berlakon dengan produksi miliknya sendiri iaitu Padusi Productions.
"Saya bukan berhenti terus. Sejujurnya, saya akui sudah malas berlakon kerana penat dari pagi sampai ke pagi.
"Selama ini memang saya tak suka sangat berlakon tetapi sebab dulu tak tahu nak buat apa dan tawaran pun pada masa itu banyak, jadi saya teruskan.
"Sekarang saya ada banyak benda nak buat dan saya semakin seronok menerbitkan program dan sibuk dengan perniagaan online. Kalau nak berlakon pun dengan produksi sendiri atau Zeel Production sebab lebih selesa," katanya.
Selain semakin seronok bekerja di belakang tabir sebagai penerbit, Che Ta menumpukan perhatian pada perniagaan tudung dan terbaru dia bakal melancarkan minyak wangi jenamanya sendiri diberi nama Precious RCW.
"Alhamdulillah, perniagaan tudung saya juga semakin dapat sambutan. Sekarang ini tengah tunggu stok untuk jualan sempena Aidilfitri.
"Tak lama lagi saya akan lancarkan pula minyak wangi jenama saya yang berasaskan bauan vanila dan ros. Harga berpatutan hanya RM29.90.
"Saya terkejut sebenarnya sebab belum dilancarkan, baru seminggu saya uar-uarkan di Instagram saya, sudah habis terjual sebanyak 5,000 botol. Sekarang ni tengah tunggu stok baru," katanya.
-mD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment