https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Tuesday 8 December 2015

Filled Under:

Suka sama suka pun tetap haram


Umat Islam disuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, oleh itu khalwat bukan urusan peribadi individu kerana perbuatan sumbang itu menjelikkan mata  sekali gus menggugat keharmonian masyarakat, ia patut dicegah.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menegaskan, dalam Islam tidak ada hubungan lelaki dan perempuan bukan mahram dibolehkan meskipun suka sama suka.

“Cadangan kumpulan bekas penjawat awam (G25) ini memang tidak relevan. Kerana tanpa akad nikah atau hubungan mahram, pergaulan lelaki dan perempuan tetap haram.

“Apa akan berlaku kepada negara kita yang mengamalkan cara hidup Islam menghalalkan hubungan haram atas nama privasi? Tak masuk akal,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Tamyes, jika pasangan yang berkhalwat mendakwa hubungan mereka tidak mengganggu mana-mana pihak sebenarnya tanggapan itu salah.

“Jika mereka sedar dalam hidup bermasyarakat, jiran ada hak untuk bertindak iaitu melaporkan hubungan tanpa ikatan itu.

“Tak kisahlah salah seorang daripada pasangan itu Islam dan seorang lagi bukan Islam. Kita tekankan sentiasa melakukan perkara disuruh dan mencegah kemungkaran,” katanya.-sinar harian




0 comments:

Post a Comment