Thursday, 29 January 2015

Filled Under:

Luahan Dari Hati Neelofa Isu Disentuh Qari...


Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.


"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.

"Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," jelasnya.

sumber




0 comments:

Post a Comment