https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Tuesday, 8 December 2015

Chef Wan Dedah Kisah Kelakar Tidak Kenal Almarhum Tunku Abdul Jalil...


Selebriti chef terkenal Malaysia, Chef Wan berkongsikan kisah kelakarnya semasa bertemu dengan Tunku Jalil. Tak sangka Tunku Jalil sangat merendah diri dan cuba mendekati dan berborak dengan Chef Wan.

Berikut merupakan kisah yang dikongsikan Chef Wan semasa bertemu Almarhum Tunku Jalil dalam penerbangan.

Alfatihah to a beautiful person that i got to know off once sitting infront of me to approached me for the 1st time and salam my hand and Said " Hi can i shake your hand as i am your big fan.Me and my sister used to main masak2 infront of the TV while CW is talking.U always make me laugh.

He asked me if i would move to the front seat with him so that we can chat comfortably on our flight from JB to KL.

Saya tanya dia " U kerja dimana? Oh saya tengah training dgn Polis di Raja.Saya kata oh mcm ni kena la makan lebih lagi to beef yourself up. I didnt not have the slightest idea that he was actually not well.

He laughed and then said " tapi some day saya nak rasa CW masak boleh? I said " Insyallah jika saya ada restaurant or buat cooking demo boleh la dtg rasa."
Sudi ke CW terima hadiah dari saya, he said lagi.

I said hadiah apa tu?

He took out a book from his bag on the history of the Johor Sultanate.
I said to him " Oh are u a writer too? He said no..but this book was commisioned by my dad!
He signed the book and only at that time i knew that he is Tunku Jalil anakanda to his Highness Tuanku Sultan of Johor!

We chat and talked through out the duration of the flight.
He was so polite and such a respectful man.
Has alot of passion and love for animals too.

Just a while ago to hear this new of him passing away was indeed very sad moment for this country.

He was indeed a very brave man.
I cannot imagine the pain of the Johor Royal family to loose such a beautiful member of their family and sedeh nya ter amat sangat.

Saya sendiri yg mengenali beliau buat seketika itu pun terasa how down to earth and kind Tunku Jalil is.

What a year to end loosing so many talented and beautiful people in this country.
May Allah blessed his soul and place him in Jannah.

Chef Wan tak kenal Tunku Jalil yang duduk di sebelahnya

Chef Wan tak kenal Tunku Jalil yang duduk di sebelahnya


Noor Farida - Bukan Saja Khalwat, Liwat Juga Patut Dibenarkan


$Jurucakap kumpulan 25 Melayu berwibawa atau G25, Datuk Noor Faridah Arifin (gambar) dipetik oleh sumber terdekatnya sebagai berkata bukan sahaja kesalahan khalwat yang perlu dihapuskan dari perundangan Malaysia malah perbuatan liwat juga.

Sama seperti khalwat, liwat turut dilakukan dalam bilik yang tertutup dan sudah terdapat beberapa kes dimana terdapat jabatan agama di negara ini menangkap 2 lelaki Islam yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Keadaan ini sudah tentu meluaskan stigma kebencian masyarakat terhadap golongan gay sedangkan kita sebenarnya ketinggalan berbanding banyak negara maju di dunia yang sudah sampai ke tahap membenarkan perkahwinan sejenis.

Sedangkan di negara kita, lelaki yang mengamalkan hubungan sejenis pun dianggap sudah melakukan kesalahan.  Kalau didapati bersalah meliwat pula (walaupun secara sukarela), boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara – memalukan.

G25 akan membuat kenyataan mengenai perkara ini tidak lama lagi.

Cadangan ini sebenarnya adalah cadangan yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.  Sudah lama kita menanti siapa dari kalangan Melayu Islam buka mulut mengenai isu ini dan permintaan kita itu nampaknya sudah dimakbulkan sekarang.

sumber asal


Salah Guna Kuasa : Najib perlu dipenjara di bawah SOSMA


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA) kerana didakwa salah guna kuasa.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mendakwa, Najib tidak demokrasi apabila menahan bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.

Khairuddin dan Matthias Chang telah dipenjarakan dengan alasan membuat laporan polis berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah SOSMA lebih lama daripada Khairuddin.
“Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam SOSMA kerana tidak demokrasi,” katanya ketika berucap di hadapan 1,000 orang yang hadir di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu.

Dr. Mahathir juga berkata, Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana sering menggunakan kekerasan sekiranya dikritik.

“Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk bagi amaran kepada kita.>

“Itu negara demokratik ala Najib, kalau dia terus kekal, negara ini akan hancur, yang jadi mangsa bukan sahaja Melayu, Cina, India turut jadi mangsa,” katanya lagi.


sumber asal


Monday, 7 December 2015

Ramai Yang Main Hentam Saja...Tuang Air Panas Dulu, Cara Salah Bancuh Susu Anak!


$Para ibu memang disaran memberi susu ibu kepada bayi, ia memang susu terbaik. Namun tak semua yang bergelar mama dapat melakukannya. Atas faktor-faktor tertentu susu formula terpaksa dijadi pengganti. Dah tentu khasiatnya tidak setanding susu ibu, dan menjadi lebih malang ramai ibu bapa yang salah membancuh susu formula hingga menyebabkan zat atau nutrisi dalam susu hilang.


Bagaimana anda membancuh susu formula? Selalunya cara di bawah ini;
  1. Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
  2. Tuang air panas.
  3. Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
  4. Goncang sehingga sebati
  5. Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah! Kenapa ? Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut. Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana   pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu. 
Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Oleh itu ada baiknya kita membaca dahulu langkah-langkah penyediaan susu formula seperti yang terdapat pada label kemasan agar nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/71215/baby-drinking-bottle.jpg

Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja :-
  1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
  2. kemudian tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz
  3. Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
  4. Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
  5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/71215/types-of-infant-formula_171x200_141522707.jpg
Disertakan juga langkah membancuh susu yang dipetik dari laman web kementerian terbabit.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/71215/step1.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/71215/step2%20baru.jpg
INFO
  • Mungkin masih ada cara-cara lain untuk membancuh susu yang betul , tetapi tujuannya adalah sama untuk pastikan susu tidak kehilangan nutrien.
  • Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.


Sumber: Blog butiksihatcomel.blogsot.com


Najib - "Serangan peribadi Dr Mahathir mengguris hati saya"


Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini lebih kerap mengkritik kepimpinannya berbanding menegur pembangkang dalam tulisan di laman blognya sangat dikesali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan ini menyebabkan beliau dan kepimpinan parti perlu melakukan pelbagai penjelasan kepada rakyat dan anggota parti berhubung setiap isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahatir.

“Saya mendapati banyak bersifat persepsi dan andaian tanpa disokong dengan bukti kukuh.
“Segala dakwaan dan kritikan yang dihadapinya masa kini sebagai cabaran yang perlu dihadapi.
“Perkara itu adalah lumrah yang harus dihadapi setiap pemimpin,” katanya dalam satu temu bual bersama stesen televisyen TV3 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015, lapor Bernama.

Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi dirinya sebagai seorang pemimpin dan menganggap ia sebagai ujian kepimpinan.

“Ujian inilah yang perlu saya lalui dan mudah-mudahan saya dapat teruskan amanah ini dengan sokongan parti sebab banyak lagi amanah yang perlu diteruskan untuk negara dan parti,” katanya.
Terdahulu, Najib akui beliau terguris hati dengan tindakan Dr Mahathir yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya.

“Beliau (Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)…,” katanya.

Beliau juga memetik pandangan Dr Mahathir yang suatu masa dulu menyarankan pemimpin sewaktu dalam kerajaan, hargai sokongan yang tidak dalam kerajaan dan pada waktu di luar kerajaan, sokong orang dalam kerajaan.

“Itu yang dia (Dr Mahathir) selalu cakap… tapi saya tengok Tun ini dalam banyak hal, dia tidak amalkan apa yang dia cakap ketika dia dalam kerajaan,” katanya.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd., Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd., Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik di laman web  www.newsplus.my/live-tv.
Berhubung cadangan Dr Mahathir yang mahu supaya Majlis Tetua ditubuhkan untuk membimbing perdana menteri dalam urusan pentadbiran, Najib berkata perkara itu tidak pernah berlaku di Malaysia atau di mana-mana negara lain.

Malah, Najib menjelaskan tiada sebarang peruntukan dalam perlembagaan berkaitan penubuhan majlis itu, yang akan mengatasi kuasa Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO.
“Bukanlah saya tidak hormat dia (Dr Mahathir) sebagai negarawan tapi saya pegang pada prinsip bahawa saya adalah perdana menteri yang sah dipilih oleh rakyat. Saya juga adalah presiden yang dipilih oleh parti.

“Saya bukanlah seorang pemimpin yang tidak mendengar nasihat…tidak mendengar pandangan tetapi pada kesudahannya saya mesti buat keputusan atas apa yang saya fikir terbaik untuk negara dan parti,” katanya.

sumber asal


Zahid Hamidi - Saya dikatakan 'kuat kipas'


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau turut terkena tempias golongan yang menanam kebencian mendalam terhadap UMNO dan pemimpinnya terutama Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga dikatakan 'kuat kipas', 'kuat tolong' dan 'kuat pertahankan Perdana Menteri'.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau mempertahankan perdana menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Najib.

"...jangan apabila kapal kena ribut atau dilanda gelombang, kita angkat dan tangkap nakhoda dan campak ke laut. Ini adalah sesuatu yang mengikut hukum agama sebab dalam perjuangan, sudah pasti setiap pemimpin akan mengalami ujian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan kepada 2,991 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, meminta agar rakyat tidak terlalu membenci UMNO serta pemimpinnya kerana mereka perlu sedar dan ingat jasa serta sumbangan parti keramat itu kepada mereka selama ini.

"UMNO bukan hanya sebuah parti politik tetapi sebuah institusi sosial yang bukan hanya menterjemahkan agenda politik tetapi turut mewarnai pelbagai aktiviti sama ada dalam bidang pendidikan, agama, ekonomi dan sosial malah yang lebih penting, supaya negara kita menjadi lebih aman dan damai.

"Itu yang diperjuangkan UMNO tanpa meminggirkan mana-mana agama, bangsa atau mana-mana budaya," katanya yang juga Ahli Parliamen Bagan Datoh.

Justeru, katanya, UMNO sebagai parti pemerintah sanggup membuat pelaburan dalam bidang pendidikan seperti membantu membayar yuran pelajar, menyediakan duit poket serta buku teks.

"Tidak ada sebuah negara di dunia ini, sama ada kaya, membangun atau miskin, apabila pelajarnya dihantar ke sekolah ibu bapa tidak perlu membayar yuran, kerajaan yang tolong bayarkan.
"Malaysia sahaja yang berbuat demikian, bukan setakat itu, anak-anak yang miskin dapat bantuan sarapan, pakaian dan duit poket," katanya.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid.
-astro awani


Inilah 6 sebab kenapa Almarhum Tunku Abdul Jalil disegani ramai


Tidak ramai sebenarnya di kalangan kerabat diraja di negara ini yang mampu berada dekat di hati rakyat.

Namun dalam kelompok kecil itu, nama Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail adalah antara yang mekar dan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Justeru tidak hairanlah, pemergian Almarhum Tunku Abdul Jalil pada malam Sabtu lalu ditangisi ramai.

Berikut adalah 6 perkara mengapa Almarhum Tunku Abdul Jalil disegani ramai;


Putera berjiwa rakyat

Almarhum Tunku Abdul Jalil sewaktu hayatnya dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat. Sifat peramah membuatkan sesiapa sahaja senang mendampingi baginda.


Seorang yang bersifat rendah diri

Mengetepikan darjat keluarga diraja, Almarhum Tunku Jalil sering menunjukkan keselesaan untuk tampil sebagai seorang rakyat biasa seperti menaiki kereta api, makan di gerai tepi jalan dan bersantai di tepi pantai.


Seorang yang kuat dan tabah

Walaupun disahkan menghidap kanser hati, tahap empat tahun lepas, senyuman manis Almarhum sering terukir di wajahnya. Kesakitan yang dihadapi tidak pernah ditunjukkan, di sebaliknya baginda telah menjalani kehidupan seperti mereka yang sihat dan kuat.


Menyayangi haiwan

Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan, Almarhum pernah berkerja sebagai seorang penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

Ia juga menunjukkan bahawa baginda amat menyayangi haiwan. Ia jelas dengan jumlah gambar yang sering dimuat naik oleh Almarhum sewaktu hayat baginda di laman Instagramnya.

Tidak kisah liar atau jinak, Almarhum suka bergambar dengan haiwan sewaktu hayatnya.


Melakukan kerja-kerja amal

Selepas disahkan mengidap barah hati, Almarhum telah menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan utuk membantu  pesakit kanser di negara ini.

Selain itu, baginda juga telah melibatkan diri dalam beberapa kerja amal serta sering melawat pesakit-pesakit di hospital Johor untuk memberi kata-kata semangat dan membantu mereka.


Putera yang suka berjenaka

Siapa yang tidak suka dengan putera yang suka berjenaka seperti Tunku Abdul Jalil. Sewaktu hayatnya, baginda sering menjadi perhatian rakyat Malaysia di media sosial dengan aksi-aksi lucu baginda.
Paling mencuit hati ialah rakaman video Almarhum mengejutkan seorang jururawat ketika baginda dimasukkan ke hospital.

Baginda juga suka mengusik kekandaa baginda, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan memuat naik rakaman video perbuatan lucunya di media sosial tanpa pengetahuan Tunku Aminah.

Almarhum Tunku Abdul Jalil yang diputerakan pada 5 Julai 1990, merupakan anakanda keempat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Almarhum mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru akibat kanser hati.-astro awani