https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Friday, 5 June 2015

11 Fakta Ini Sebenarnya Palsu Tapi Ramai Yang Percaya!

Jangan terkejut! Mungkin anda akan rasa tidak percaya dengan pembongkaran beberapa fakta di bawah. Tapi hakikatnya, inilah kebenaran yang selama ini kita tidak tahu. Lihat 11 senarai di bawah:

1. Tembok Besar China merupakan satu-satunya objek buatan manusia yang jelas dilihat dari angkasa menggunakan mata kasar.



Tidak benar.

Tembok Besar China mendapat tempias populariti yang hebat disebabkan mitos ini. Sebenarnya, adalah cukup sukar untuk melihat Tembok Besar China dari mana-mana ruang angkasa. Walaupun berada pada orbit rendah Bumi, Tembok Besar China tidak mungkin dapat dilihat dengan mata kasar. Bahkan dengan bantuan lensa kamera yang cukup besar dan canggih sekalipun, masih mencabar untuk mengatakan jika anda sedang melihat Tembok Besar China atau tidak.

2. Lain bahagian lidah mengesan rasa yang lain


Tak betul.

Lidah kita mengandungi sehingga 10,000 tunas rasa, masing-masing berisi dengan pori-pori dan reseptor rasa. Sel-sel ini adalah sama pada seluruh permukaan lidah kita. Setiap orang mempunyai bahan kimia dalam air liur, yang berupaya mengesan dan memberitahu kita tentang rasa sesuatu benda atau makanan. Setiap kali air liur yang mengandungi bahan kimia membuat sentuhan dengan mana-mana makanan pada permukaan lidah, tidak kira pada bahagian mana sekalipun, rasanya akan dikenal pasti.

3. Lembu akan naik marah jika ternampak warna merah


Bukan itu sebenarnya.

Krew dari MythBusters TV telah membongkar mitos ini beberapa tahun yang lalu. Mereka berjaya mendapatkan tindak balas yang sama dari lembu jantan ketika matador menggunakan bendera merah, bendera biru dan bendera putih. Sejurus selepas matador mengibarkan bendera, lembu jantan didapati memberikan reaksi yang sama pada ketiga-tiga bendera tersebut. Jadi jelas di sini bahawa warna merah tidak memainkan peranan langsung dalam mendapatkan tindak balas daripada lembu. Pergerakan bendera itu sebenarnya yang menarik minat lembu untuk datang menerjah.

4. Gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia


Ya, memang salah.

Gunung Everest adalah salah satu gunung yang terbesar, tetapi adakah ia juga tertinggi di dunia? Jawapannya bukan. Pengiraan sama ada gunung itu tertinggi adalah ditentukan dengan sejauh mana ia menjulang dari atas permukaan laut. Secara teknikalnya, memang benar Gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia jika dikira dari dasar ke puncak. Namun begitu, jika dikira sekali dengan permukaan bawah laut, Gunung Everest berada di tempat ke-2.

Mengikut pengiraan ini, gunung tertinggi di dunia adalah Gunung Mauna Kea di Hawaii. Ketinggian Gunung Mauna Kea dari permukaan laut ke puncak hanyalah sebanyak 4,206 meter. Tetapi jika dikira dengan bahagian besar yang tenggelam di dalam air, ketinggiannya mencecah sehingga 10,200 meter! Gunung Everest pula mempunyai ketinggian sebanyak 8,848 meter, namun langsung tiada bahagian bawah air.

5. Biawak/Sesumpah berubah warna mengikut persekitaran


Tidak sama sekali.

Saintis bersetuju penukaran warna oleh biawak bukan untuk tujuan menyamar. Ia lebih berkait dengan sistem komunikasi mereka. Selalunya, penukaran warna ini bertujuan untuk memberi isyarat kepada biawak lain, yang dicetuskan oleh perasaan pencerobohan, perlindungan atau keinginan untuk mengawan. Dalam masa 20 saat, biawak ini boleh bertukar warna yang berbeza melalui tindak balas sel-sel dalam otak mereka.

6. Kilat tidak akan menyambar pada tempat yang sama dua kali


Fakta ini tidak benar.

Tidak ada sebab fizikal, meteorologi, geografi atau geologi mengapa kilat tidak dapat menyerang di tempat yang sama dua kali. Setiap kali badai petir muncul, kilat akan mencari konduktor dan pelbagai peralatan logam di atas bangunan tinggi untuk disambar. Kilat dikatakan menyerang konduktor di atas bangunan tinggi dan menara seperti Bangunan Empire State di NEW York, Menara Eiffel di Paris, Menara CN di Toronto, Menara Sydney dan Auckland Sky Tower sebanyak 50-100 kali setahun. Malah pemerhati cuaca dan pemburu ribut di seluruh dunia juga menjamin fakta bahawa petir sering menyerang dua kali di tempat yang sama.

7. Kelawar buta


Tidak, kelawar tidak buta.

Walaupun sesetengah kelawar mempunyai mata yang lebih besar dan penglihatan jauh lebih halus berbanding yang lain, tidak ada satu pun dari 1200 atau lebih spesis kelawar yang buta secara semula jadi. Sebenarnya, kadar penglihatan kelawar dalam keadaan gelap adalah lebih baik daripada manusia. Kelawar juga boleh mengesan jarak dengan menghantar bunyi frekuensi tinggi yang dipantul melalui objek terdekat. Jadi, kelawar sebenarnya tidak buta dan jauh lebih pintar daripada apa yang kita bayangkan sebelum ini.

8. Kolesterol dalam telur adalah buruk untuk jantung


Mungkin tidak.

Anda perlu tahu ada dua jenis kolesterol, kedua-duanya diperlukan oleh tubuh iaitu kolesterol pemakanan dan kolesterol darah. Kolesterol darah terbahagi kepada dua kategori - High-Density Lipoprotein (HDL) dan Low-Density Lipoprotein (LDL). LDL ini adalah salah satu kolesterol yang tidak baik kerana ia melekat pada dinding arteri dan mempunyai potensi untuk membawa kepada penyakit jantung. Lemak tepu adalah penyebab utama dalam meningkatkan kolesterol darah, dan yang penting, kadar LDL ini. Telur, bagaimanapun, tidak mempunyai lemak tepu dan hanya mengandungi kolesterol pemakanan, bukan kolesterol darah.

9. Anda perlu regangkan badan atau 'stretching' sebelum bersenam


Tak payah pun tak apa.

Penyelidikan terkini mendapati terdapat banyak sebab mengapa regangan mungkin tidak bagus seperti yang kita pernah tahu. Salah satunya ialah, regangan sebelum latihan bukan sahaja tidak diperlukan, malah boleh menjadi tidak produktif.

Satu kajian menyifatkan otot adalah sama seperti gelang getah. Seperti mana gelang getah kekurangan fleksibilitinya apabila diregang, otot juga kehilangan beberapa fleksibiliti jika terlalu banyak diregang sebelum latihan sebenar bermula. Terdapat juga bukti-bukti penyelidikan yang menunjukkan sama ada kemungkinan kecederaan atau masa pemulihan, kedua-duanya tidak ada kena-mengena dan tidak dapat dikurangkan dengan regangan sebelum bersenam.

10. Planet Marikh berwarna merah


Ia sebenarnya bukan.

Pengkaji bintang mendakwa planet Marikh tidak bukan berwarna merah apabila dilihat melalui teleskop, manakala gambar definisi tinggi yang ditangkap oleh teleskop Hubble atau ekspedisi robot ke permukaan planet ini telah mendedahkan bahawa, dari dekat, warna persekitaran Marikh sebenarnya lebih kepada kekuningan, dengan warna-warna lain yang turut hadir termasuk emas, coklat, dan warna kehijauan. Dari jauh pula, debu-debu yang berkeliaran di sekeliling Marikh melihatkan seluruh planet ini seperti kemerahan.

11. Anda akan dapat Atritis jika anda "meretakkan" sendi


Jangan risau, anda takkan!

Artritis adalah keradangan sendi. Membunyikan (atau meretakkan) sendi pada mana-mana bahagian badan tidak pernah dibuktikan sebagai penyumbang kepada keradangan sendi, dan kepada mana-mana penyakit lain yang berkaitan. Sehingga kini, masih tidak ada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut.

Bunyi "retak" atau "pop" yang kedengaran adalah tidak lebih daripada gas-gas yang berlebihan dibuang dari cecair yang mengelilingi sendi. Apabila tekanan dalam ruang sendi menjadi terlalu tinggi dan lebih banyak ruang perlu diperlukan untuk sendi bergerak dengan selesa, ruang akan terbuka dan gas dilepaskan, maka muncullah bunyi "pop" pada bahagian sendi yang diberi perhatian.

Menarik bukan? Jangan rasa tertipu macam kucing ini pula ya!



Riak Pada Zaman Sekarang Di Laman Sosial Yang Ramai Orang Buat,Anda Mungkin Salah Seorang...



Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan 'check in' status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu

Kedua :


Snap gambar anak dalam rumah dengan caption 'Alahai anak mama ni bla bla bla..'.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm

Ketiga :


Syukur tak henti-henti.. 'Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla'.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!

Keempat :


Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. 'Ala jam la jalan'.. 'Good morning semua'.. 'Letih la hari ni'.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau.. 

Kelima : 


Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status 'shopping untuk hilangkan stress' atau 'ahh hari-hari shopping habislah duit I'.. atau 'Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?'... sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau ado?! 

Keenam :


Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta.. Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. 'Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love abang'.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga awak.. 

Akhir sekali : 


Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption 'mukaku tanpa mekap'... 'mata panda letih tak cukup tidur'..bla bla bla... dengan harapan adalah orang lain komen.. 'eh u still nampak comel lah'..'nampak muda dari umur sebenar'.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil

Maka hindarilah dari bersifat riak! 

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

"Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak." (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya :

"Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia." 

Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah swt.

Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya..