Tuesday, 8 December 2015
Tips : Elak Anak Mudah Sakit. 5 Cara Betul Basuh Botol Susu
Posted By:
mediasiber
on 20:03
#Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul.
Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!
Jadi, ibu dan ayah jangan malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja. Pastikan ia betul-betul dicuci bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian.Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.
Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda memberikan anak susu menggunakan botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan.
Cara betul membasuh botol susu anak
1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu ditanggalkan. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering.
2. Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya. Hati-hati ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.
3. Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu.
4. Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.
5. Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses penbersihan dan pensterilan.
Mensteril perkakasan penyusuan anak
Sekarang proses mensteril perkakasan penyusuan anak menjadi lebih mudah apabila adanya peralatan pensterilan stim elektrik yang banyak di pasaran. Pilih sahaja jenama yang mana satu cuma harganya memang agak mahal. Tetapi jangan risau kalau anda tiada peralatan tersebut.
Proses mensteril tetap boleh dilakukan tanpa masalah.
Pensterilan dengan stim elektrik
Cara ini lebih cepat dan efisien. Hanya mengambil masa lapan hingga 12 minit sahaja termasuk masa untuk menyejuk. Ia boleh mengekalkan keadaan steril botol sehinga enam jam jika ditinggalkan di dalam pensteril dengan tudung ditutup.
Pastikan botol, puting dan perkakasan lain diletakkan dengan mulutnya mengadap ke bawah. Dengan ini ia boleh memastikan pensterilan secara penuh.
Pensterilan dengan ketuhar gelombang mikro
Siapa yang ada 'mikrowave' di rumah boleh steril botol susu anak menggunakannya. Hanya ambil masa 90 saat sahaja untuk mensterilkan satu botol. Jangan tutup botol semasa dibakar dalam mikrowave, sebab tekanan boleh meningkat di dalamnya semasa proses memanaskan.
Pensterilan dengan cara didihan
Ini cara paling mudah dan digunakan oleh kebanyakan ibu. Pastikan anda sudah mencuci terlebih dahulu perkakasan botol susu anak. Masukkan semua dalam periuk besar yang mempunyai penutup.
Isikan air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam botol-botol dan puting, kemudian tutup periuk dan rebus tidak kurang dari 10 minit. Selepas direbus selama 10 minit, barulah boleh tutup api dapur.
Jangan buka penutup periuk sehingga anda hendak menggunakan perkakasan tersebut.
Pensterilan dalam air sejuk
Boleh juga mensteril perkakasan penyusuan anak dalam air sejuk. Tetapi mesti menggunakan larutan bebas toksin yang larut dalam air sejuk. Ia juga ada dalam bentuk biji. Larutan in membunuh bakteria dengan berkesan. Anda boleh menggantikan larutan itu setiap 24 jam.
Boleh menggunakan bekas pensteril khas untuk tujuan mensteril dalam air sejuk sama ada baldi atau bekas plastik berpenutup. Pastikan bekas tersebut dapat menenggelamkan kesemua botol dan peralatan lain sepenuhnya. Pastikan tiada buih dan udara tertinggal dalam botol dan biarkan ia tenggelam sekurang-kurangnya 30 minit untuk mensterilkan dengan sempurna.
Keluarkan perkakasan hanya apabila anda hendak menggunakannya. Goncang setiap peralatan bila anda mengeluarkannya, atau bilas dan buangkan semua cecair dengan air sejuk masak, jika anda suka. Namun, ia tidak berbahaya jika terus menggunakannya.
sumber asal
Najib : ‘Obama Tinggi, Saya Orang Pahang Tinggi Juga’
Posted By:
mediasiber
on 19:43
#Datuk Seri Najib Razak mendakwa Malaysia bukan sebuah negara yang gagal bawah pemerintahan Umno-BN.
Sebaliknya, perdana menteri berkata Malaysia semakin hari semakin maju bawah pentadbiran beliau.
“Di bawah Umno kita boleh melihat bahawa negara kita semakin hari semakin maju ke hadapan jauh sekali kita boleh dianggap ‘negara gagal’.
“Malaysia ialah negara berjaya yang kita boleh banggakan,” katanya.
Keyakinan tersebut disuarakan perdana menteri semasa beliau merasmikan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS 3.0) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.
Menurut anggota parlimen Pekan itu, kejayaan pentadbiran itu jelas terbukti apabila pemimpin dunia menghormati kepimpinan negara.
“Saya tak pernah lihat pemimpin dunia yang datang baru-baru ini walaupun saiz negara kita sederhana tetapi mereka tetap hormat kepada kepimpinan kita.
“Saya tak ada masalah untuk runding dengan Presiden Obama. Obama tinggi, saya orang Pahang tinggi juga. Orang Pahang tak boleh kalah,” ujar Najib disambut tepukan mahasiswa.
Justeru, presiden Umno itu berkata tiada apa yang perlu ditakutkan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Tegas Najib, ini kerana beliau yakin Malaysia mampu berbuat demikian seperti negara maju yang lain.
“Pesaing kita adalah negara Korea, Eropah dan negara-negara maju dalam ekonomi.
“Kalau Vietnam berani masuk TPPA kita tak berani, takkan kita berani bersorak saja? Mana keberanian kita?” soal Najib.
sumber asal
Suka sama suka pun tetap haram
Posted By:
mediasiber
on 19:33
Umat Islam disuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, oleh itu khalwat bukan urusan peribadi individu kerana perbuatan sumbang itu menjelikkan mata sekali gus menggugat keharmonian masyarakat, ia patut dicegah.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menegaskan, dalam Islam tidak ada hubungan lelaki dan perempuan bukan mahram dibolehkan meskipun suka sama suka.
“Cadangan kumpulan bekas penjawat awam (G25) ini memang tidak relevan. Kerana tanpa akad nikah atau hubungan mahram, pergaulan lelaki dan perempuan tetap haram.
“Apa akan berlaku kepada negara kita yang mengamalkan cara hidup Islam menghalalkan hubungan haram atas nama privasi? Tak masuk akal,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Tamyes, jika pasangan yang berkhalwat mendakwa hubungan mereka tidak mengganggu mana-mana pihak sebenarnya tanggapan itu salah.
“Jika mereka sedar dalam hidup bermasyarakat, jiran ada hak untuk bertindak iaitu melaporkan hubungan tanpa ikatan itu.
“Tak kisahlah salah seorang daripada pasangan itu Islam dan seorang lagi bukan Islam. Kita tekankan sentiasa melakukan perkara disuruh dan mencegah kemungkaran,” katanya.-sinar harian
Ku Nan - Muhyiddin telah melampaui batasan
Posted By:
mediasiber
on 09:22
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah melampaui batasan ketika berucap di Kampung Baru semalam dan beliau boleh hilang jawatan parti akibat perbuatan itu.
"Saya meneliti (video) ucapan dari jam 2 hingga 3 pagi ini bersama kakitangan saya. Pastinya, berdasarkan perlembagaan dan etika parti kita, beliau sudah melampaui batasan.
"Saya masih meneliti perkara ini dan akan menyerahkannya kepada jawatankuasa khas UMNO yang akan mengemukakannya kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada Muhyiddin akan dipecat sebagai timbalan presiden UMNO disebabkan ucapan beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru semalam.
"Saya tidak tahu. Beliau mungkin hilang jawatannya. Ia bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin."
Tengku Adnan bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program ADINDA, insitiatif terbaharu Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Muhyiddin sedia maklum mengenai apa yang tertera dalam perlembagaan parti.
"Dia sendiri tahu dan setuju yang mana kita semua sudah sepakat bahawa apa-apa masalah parti, bincang dalam parti, bukan cerita di luar. Ini semua cerita luar, mana boleh.
"Rahsia parti, kekuatan parti, jangan cerita luar, ini sesama kita sahajalah.
"Saya sendiri dah cakap semalam, jangan melampaui batasan. Anda boleh berucap tetapi jangan melampaui batasan," katanya.
Tengku Adnan berkata beliau berasa sedih. "Pertanyaan demi pertanyaan, akhirnya pada kesudahannya, nak minta Presiden letak jawatan. Ini memang gila. Barangkali gila kuasa."
Semalam, Muhyiddin menghadiri majlis 'Bersama Timbalan Presiden UMNO' di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru untuk menyampaikan ucapannya setelah beliau tidak dibenarkan membuat ucapan perasmian ketiga-tiga sayap parti dalam
Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula hari ini.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.-astro awani
Chef Wan Dedah Kisah Kelakar Tidak Kenal Almarhum Tunku Abdul Jalil...
Posted By:
mediasiber
on 09:10
Selebriti chef terkenal Malaysia, Chef Wan berkongsikan kisah kelakarnya semasa bertemu dengan Tunku Jalil. Tak sangka Tunku Jalil sangat merendah diri dan cuba mendekati dan berborak dengan Chef Wan.
Berikut merupakan kisah yang dikongsikan Chef Wan semasa bertemu Almarhum Tunku Jalil dalam penerbangan.
Alfatihah to a beautiful person that i got to know off once sitting infront of me to approached me for the 1st time and salam my hand and Said " Hi can i shake your hand as i am your big fan.Me and my sister used to main masak2 infront of the TV while CW is talking.U always make me laugh.
He asked me if i would move to the front seat with him so that we can chat comfortably on our flight from JB to KL.
Saya tanya dia " U kerja dimana? Oh saya tengah training dgn Polis di Raja.Saya kata oh mcm ni kena la makan lebih lagi to beef yourself up. I didnt not have the slightest idea that he was actually not well.
He laughed and then said " tapi some day saya nak rasa CW masak boleh? I said " Insyallah jika saya ada restaurant or buat cooking demo boleh la dtg rasa."
Sudi ke CW terima hadiah dari saya, he said lagi.
I said hadiah apa tu?
He took out a book from his bag on the history of the Johor Sultanate.
I said to him " Oh are u a writer too? He said no..but this book was commisioned by my dad!
He signed the book and only at that time i knew that he is Tunku Jalil anakanda to his Highness Tuanku Sultan of Johor!
We chat and talked through out the duration of the flight.
He was so polite and such a respectful man.
Has alot of passion and love for animals too.
Just a while ago to hear this new of him passing away was indeed very sad moment for this country.
He was indeed a very brave man.
I cannot imagine the pain of the Johor Royal family to loose such a beautiful member of their family and sedeh nya ter amat sangat.
Saya sendiri yg mengenali beliau buat seketika itu pun terasa how down to earth and kind Tunku Jalil is.
What a year to end loosing so many talented and beautiful people in this country.
May Allah blessed his soul and place him in Jannah.
Noor Farida - Bukan Saja Khalwat, Liwat Juga Patut Dibenarkan
Posted By:
mediasiber
on 03:50
$Jurucakap kumpulan 25 Melayu berwibawa atau G25, Datuk Noor Faridah Arifin (gambar) dipetik oleh sumber terdekatnya sebagai berkata bukan sahaja kesalahan khalwat yang perlu dihapuskan dari perundangan Malaysia malah perbuatan liwat juga.
Sama seperti khalwat, liwat turut dilakukan dalam bilik yang tertutup dan sudah terdapat beberapa kes dimana terdapat jabatan agama di negara ini menangkap 2 lelaki Islam yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
Keadaan ini sudah tentu meluaskan stigma kebencian masyarakat terhadap golongan gay sedangkan kita sebenarnya ketinggalan berbanding banyak negara maju di dunia yang sudah sampai ke tahap membenarkan perkahwinan sejenis.
Sedangkan di negara kita, lelaki yang mengamalkan hubungan sejenis pun dianggap sudah melakukan kesalahan. Kalau didapati bersalah meliwat pula (walaupun secara sukarela), boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara – memalukan.
G25 akan membuat kenyataan mengenai perkara ini tidak lama lagi.
Cadangan ini sebenarnya adalah cadangan yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Sudah lama kita menanti siapa dari kalangan Melayu Islam buka mulut mengenai isu ini dan permintaan kita itu nampaknya sudah dimakbulkan sekarang.
sumber asal
Salah Guna Kuasa : Najib perlu dipenjara di bawah SOSMA
Posted By:
mediasiber
on 00:32
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA) kerana didakwa salah guna kuasa.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mendakwa, Najib tidak demokrasi apabila menahan bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
Khairuddin dan Matthias Chang telah dipenjarakan dengan alasan membuat laporan polis berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah SOSMA lebih lama daripada Khairuddin.
“Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam SOSMA kerana tidak demokrasi,” katanya ketika berucap di hadapan 1,000 orang yang hadir di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu.
Dr. Mahathir juga berkata, Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana sering menggunakan kekerasan sekiranya dikritik.
“Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk bagi amaran kepada kita.>
“Itu negara demokratik ala Najib, kalau dia terus kekal, negara ini akan hancur, yang jadi mangsa bukan sahaja Melayu, Cina, India turut jadi mangsa,” katanya lagi.
sumber asal
Subscribe to:
Posts (Atom)