https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Thursday, 29 January 2015

Inilah Sebabnya Cikgu Cantik Ini Dapat Surat Cinta Dari Ayah Anak Muridnya...

Sudah hampir sebulan sesi persekolahan di negara kita pada tahun ini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku.

Ada cerita yang sedih berkenaan keadaan sekolah yang dilanda banjir dan ada juga berita yang melucukan seperti yang telah viral di internet.

Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah.

Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya. 

Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?



Menurut ahli group FB IRDK tersebut yang telah mecari instagram cikgu tersebut, gadis tersebut adalah juga finalis Dewi Ramaja 2014/2015




Walaubagaimanapun surat dan juga gambar tersebut belum dapat dipastikan kebenarannya sama ada Teacher Aishah memang seorang guru atau tidak dan surat tersebut betul atau tidak.

sumber : Facebook IRDK via  pejamkelip


Luahan Dari Hati Neelofa Isu Disentuh Qari...


Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.


"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.

"Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," jelasnya.

sumber


12 Selebriti Popular Yang Punyai Kelulusan Pendidikan Tinggi


Kadang-kadang ada yang memperkecilkan artis atau golongan selebriti tempatan dengan mengatakan mereka tidak berpelajaran atau gagal dalam pelajaran.

Namun jangan lupa, ada juga dikalangan mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang mungkin lebih baik daripada kita.

Najwa Muhyiddin

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.

Lisa Surihani

Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

Yuna

Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).

Daphne Iking

Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.

Ahmad Idham

Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.

Sudirman Hj Arshad

Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.

Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.

Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.

Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.

Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.

Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Azhar Sulaiman
Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.


sumber


Korang Mesti Lihat 4 Gambar Pasangan Pengantin Melayu Unik Ini Cetus Fenomena Di Laman Sosial

Gambar Pasangan Pengantin Melayu Unik Ini Jadi Viral.

KEINDAHAN cinta pasangan pengantin baru ini mencuri perhatian netizen di apabila gambar perkahwinan mereka menjadi viral menerusi laman sosial Facebook.

Sememangnya setiap insan dicipta untuk hidup berpasang-pasangan meskipun memiliki pelbagai kekurangan pada diri sendiri.

Pasangan melayu ini berjaya membuktikan bahawa cinta itu sebenarnya tidak mengenal paras rupa, bentuk badan dan kekurangan yang ada.

Gambar pasangan ini yang dikongsi ini menerima pujian dan sokongan pelbagai pihak yang teruja dan terharu keikhlasan cinta pasangan ini.

Rata-rata pengguna sosial menyifatkan wanita berkenaan amat bertuah memiliki keikhlasan cinta lelaki yang kini bergelar suaminya.

Kami doakan moga pasangan ini terus bahagia hingga ke syurga.

Bagi yang sedang mencari cinta, ingatlah yang jodoh dan pertemuan itu telah ditakdirkan oleh Allah SWT dengan sebaik-baik perancangannya. – MYNEWSHUB.



4 Gambar Terkini Kandungan Lisa Surihani Selepas Disahkan Hamil Anak Sulung Dengan Yusry KRU !!!


#Tahniah kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU selepas aktres jelita baru sahaja mengesahkan hamil anak sulung menerusi satu sidang media baru-baru ini.

Orang yang paling gembira sudah tentulah Yusry kerana segala kritikan dan tomahan yang dilemparkan orang ramai kepada kini tiada lagi.

Desas desus mengenai status Lisa Surihani yang sebelum ini didakwa hamil akhirnya terungkap setelah disahkan sendiri oleh suami tercinta, Yusry Abdul Halim...

#Tak apa lah memandangkan semua dah terjawab, jom kita ushar sikit foto-foto terbaru Lisa setelah disahkan hamil di majlis pelancaran filem Cicakman 3...

Memetik laporan Sinar Harian, Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua...

"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.,..

Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu...

Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut...."

Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak....

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini....

Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium...."

Apa-apa pun tahniah daripada kami di atas berita gembira ini.....






SUMBER :  Ohbulan


AWAS !!! Fesyen Hijab Yang Paling Mengerikan Dan Paling BAHAYA Di Dunia !!!


Mari mari mari..... Siapa sanggup pakai Hijab yg kat bawah ni..memang boleh buat kepala korang bengkak2 ni..silap2 masuk icu tu.. Tak siapa berani pakai agaknyakan.. takut dan mengerikan.....


klik gambar untuk besarkan/ lebih jelas ....




TOP 10 Artis Malaysia Paling Seksi Dan Nampak Murahan !!!

Jom tengok pulak senarai top selebriti Malaysia yang suka s3ksi tetapi nampak murahan. Mesti ramai lelaki terliur tengok ni....

 No.10 : Nora Danish




no 9 : Fasha Sandha



no 8 : rozita che wan




no 7 : rebecca nur islam



no 6 : lana nordin




no 5 : mieyra liana




4 : zarina an julie




NO 3 : ZILA BAKARIN



NO 2 : HANNAH TAN





NO 1 : NABILA HUDA






Tahniahlah kepada Nabila Huda sebab menduduki tangga no 1 artis paling s3ksi murahan!
Kenapa Nabila Huda menduduki tangga pertama? Sebab si Nabila ni tak kira kat mana-mana mesti nak pakai s3ksi. Pergi pantai pun selambe pakai co-li jer. Tak kiralah pergi majlis ke, pergi pasar ke atau pun lepak ngan kawan-kawan, Nabila mesti nak pakai s3ksi...



SUMBER : http://gosipkencang.blogspot.com