https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Saturday, 6 December 2014

Gambar Iras Datuk Seri Najib Razak Atas Kapal Terbang Jadi VIRAL ! ! !



KREDIT GAMBAR:@POPAI TWITTER


Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter telah memuat naik satu gambar yang diambil di atas satu pesawat penumpang yang memaparkan seseorang lelaki 'mat salleh' yang seakan-akan Datuk Seri Najib...

Lelaki yang berambut albino di dalam gambar tersebut dilihat seperti sedikit kebingunan melihat beberapa orang di sekelilingnya tergelak-gelak sambil mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar...

Sebelum ini pun, beberapa gambar iras Datuk Seri Najib menjadi popular di laman sosial. Kepada tuan badan(dalam gambar) bersabar la yee.. Anda mungkin tidak tahu mengapa tetapi sekarang anda sudah famous...


Usia 60 Tahun tetap cantik dan nikah dengan lelaki 28 tahun!!!(4 GAMBAR)




Pernikahan Beza Usia Yang Sangat Jauh Menjadi Sensasi di Media..!!!.


 Artis China, Liu Xiao Qing tetap cantik di usianya yang ke-60 tahun. Bahkan dikabarkan telah bernikah lagi dengan lelaki berumur 28 tahun.
Hebatnya lelaki ini bukan lelaki sembarangan, Tampan lagi kaya raya...
  
Lelaki muda bernama Yi Gang, adalah seorang pemain badminton, berumur 28 tahun berasal dari keluarga kaya raya. Kenapa Yi Gang Menikahi Liu Xiaoging.???
Ini kerana si wanita yang berumur 60 tahun masih terlihat seperti umur 30 tahun...

Meskipun sudah melampaui usia separu abad, namun penampilan Liu Xiao Qing tetap terjaga, dia tetap kelihatan menarik, cantik dan seksi, jadi apa yang membuat Liu Xiao Qing  yang mestinya sudah nenek-nenek ini terlihat tetap cantik dan awet muda???

Kahbarnya Liu sudah melakukan beberapa kali pembedahan plastik untuk menjaga penampilannya. Bukan hanya itu, berkat kecantikannya, Liu Xiao Qing sudah beberapa kali mendapat gelar Miss Tercantik" untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bahkan baru-baru ini ia berlakon di sebuah filem dimana ia berpaeranan sebagai gadis yang baru berusia 19 tahun..Woww.!!!!









Friday, 5 December 2014

Kenapa Anak Che Ta Asyik Pakai Riben? ? ?(15 Gambar Comel Aaisyah Dhia Rana)



 Fuh cepatnya masa berlalu sedar tak sedar sudah sebulan usia anak Che Ta dan Zain, semakin comel pulak tu Aaisyah Dhia Rana ni admin tengok geram pun ada.
Cepat sungguh masa berlalu. Makin hari makin comel. Macam-macam gaya yang dibuat oleh si Aaisyah ini. Admin pasti ramai yang geram melihat kecomelan si "princess" ini. Geram tengok kepandaian Aaisyah buat mimikk muka. Comel sangat-sangat.
Tengok tu Aaisyah main mata. Hehehe. Kecik-kecik dah pandai ambil hati orang. Senyumannya memang boleh membuatkan orang lain turut sama tersenyum. Manis sangat-sangat. Geram.!! Ubatilah hati anda yang rindu dengan keletah Aasyah Dhia Rana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
 Beberapa keping gambar Aasysh Dhia Rana yang semakin comel yang sempat di kongsikan oleh Che Ta dan Zain buat tatapan semua peminat beliau di luar sana. Cute habis tu, 200% comel.

















RUMAH BERKONSEPKAN "FAIRY TALE" NIE MILIK SIAPA ? ? ?


 RUMAH BERKONSEPKAN FAIRY TALE DI TERENGGANU | Jika anda seorang yang kerap melayari media sosial, pasti anda tahu bahawa baru-baru ini telah tersebarnya gambar banglo mewah yang berunsurkan ‘fairy tale’.

Rumah besar yang berwarna merah jambu dan ungu itu dikatakan milik pengurus bola sepak Terengganu, Cikgu Marzuki bertempat di Setiu, Terengganu.

Cerita mengenai kecantikan dan keunikan rumah itu mula timbul apabila berlangsungnya majlis perkahwinan anak tuan rumah yang telah memberikan kesempatan kepada orang ramai untuk melihat persekitaran rumah itu dengan lebih dekat lagi...














Kisah Adik Qistina Penghidap Luekimia Yang Sangat Menyentuh Hati !!!!



Tersentuh hati ini takkala membaca coretan yang ditulis oleh Puan Natipah Abu tentang kisah adik Qistina atau nama penuhnya Qysstina Syafieka Bt Erman ini dimana beliau sakit menghidapi Luekimia dan memerlukan kos rawatan yang tinggi untuk sentiasa mendapat rawatan....

ADIK QISTINA KETIKA MASIH SIHAT

Keluarganya bukan dari keluarga yang berada yang dulu hanya peniaga pasar malam dan berhenti untuk menjaga anak ini. Satu persatu harta mereka yang ada dijual untuk menampung kos rawatan adik Qistina. Mereka kini menetap di taman permai kuala ketil...

Mari kita sama-sama baca coretan tersebut...

"Bismillah.....Kali pertama menatap wajah adik Qysstina Syafieka Bt Erman Shah (7 tahun) hanya Allah S.W.T sajalah yg tahu betapa pilunya hati mengenangkan insan sekerdil itu harus menjalani nasib yg sedemikian. ..

Tidak terjangkau akal saya utk menggambarkan betapa sengsaranya dia menahan kesakitan yg Allah S.W.T turunkan sbg ujian utknya dan kedua ibu ayah. Bibirnya tidak putus2 merintih dlm esak tangis " tak selesa badan ibu..tak selesa badan ibu....lenguh ibu....." Kerapkali juga dia memanggil ibunya..dan meminta dipeluk ibu. Seketika dalam pelukan ibu...dia pun terlelap dan pelukan pun terlerai...

Dia mula mengidap luekimia atau kanser darah pada usia 4 tahun. Bermula saat itu....kedua ibu ayah yg berniaga barang2 mainan di pasar malam tidak pernah jemu berusaha...berkorban segalanya atas impian ingin melihat anak tersayang pulih spt sediakala. Kalau dahulunya ketika berniaga semua anak2 di bawa bersama ke tapak niaga tp kini mereka hilang mata pencarian kerana menumpukan sepenuh masa utk menjaga Qysstina. Segala apa yg ada habis dijual satu demi satu...demi menampung kos perubatan...

Selagi ada peluang mereka sanggup mencuba apa saja. Mereka melengkapkan semua kaedah yg disarankan hospital termasuklah...menjalani proses kemoeterapi...




Ketika usia 5 tahun...adik Qysstina menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yg didermakan oleh adiknya Rayyan Hezri yg ketika itu berusia 4 tahun. Namun kita manusia hanya mampu merancang...Allah juga menentukan segalanya...selepas dua tahun pemindahan sum-sum tulang itu...hari ini pihak hospital tidak mampu mencadangkan sebarang kaedah lagi selain memberikan morfin utk membantu mengurangkan kesakitannya...

Bermula dengan telinga...gusi ..kuku...dan akhirnya mata, insan terpilih ini mula mengalami pendarahan. Matanya sudah terkatup...tidak tahu apakah mata itu masih sempurna atau sudah rosak. Ibu dan ayah takut utk " menyentuh" mata itu ..bimbang akan meyakiti atau bimbang dijangkiti kuman. Sekadar mencuci dgn cecair yg dibekalkan pihak hospital. Manakala tgnnya sentiasa menekup sebelah telinga yg sudahpun mengalami pendarahan...dia yg masih mampu berbicara memberitahu.." sakit telinga ni ."..

Ayah beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan kesedihannya mengenangkan satu masa lalu Qysstina adalah anak emas yg sgt rapat dgn beliau. Anak sulung dr tiga adik beradik itu sangat manja dgnnya. Hari ini...anak kesayangannya itu enggan didokong atau diuruskannya kerana sentuhannya dirasakan kasar utk tubuh yg hanya tinggal tulang dan kulit itu...



Alhamdulillah...adik Qysstina masih mampu makan dan minum seperti biasa walaupun tidaklah sebanyak mana walaupun sambil berbaring shj. Putu mayam... itulah sahaja selera makannya setiap hari sekarang. Kebelakangan ini..dia mula meminta buah manggis. Di manalah hendak dicari hajatnya ini kerana sekarang bukanlah musimnya. Namun si ayah sudah berpesan kpd semua sahanat khusunya pemandu lori atau bas...kalau ada ternampak buah manggis...tolonglah belikan utk menunaikan hajat anak kesayangannya...

Meminjam kata2sahabat saya..Allah memilih kita untuk membantu seseorang bukanlah kerana kita baik atau mereka perlukan bantuan kita.Tetapi Allah ingin memberi kita peluang untuk membantu diri kita. Barakah adalah rahsia Allah S.WT."..


Subahanallah, besar sungguh dugaan yang diterima dan admin berharap keluarga dan adik ini tabah menghadapi semua ini. Semoga adik Qistina kuat dan insyaALLAH, ALLAH maha kaya menyembuhkan penyakit adik...


PUAN NATIPAH ABU BERSAMA QISTINA



Kepada anda yang membaca kisah ini jika ingin membantu boleh terus menghubungi orang yang talah diamanahkan untuk menerima sumbangan oleh ibu Qistina iaitu Puan Natipah Abu atau Puan EnaZamri Rashid ataupun bank in ke

5601 9300 20649(Maybank)
Mohamad zamri b shaari(Suami puan Ena Zamri)

152108065353(maybank)
Natipah Abu

Mari sama-sama kita ringankan beban keluarga ini semoga jasa baik pembaca akan dibalas ALLAH dengan kebaikan dunia dan akhirat..



sumber:siakap keli




Pelancong Jepun Terkejut Lihat Burger Benjo Dijual Di Malaysia!!!


Kisah seorang pelancong dari jepun yang menceritakan kembali ketika dia berada di bandaraya Kuala Lumpur yang agak terkejut melihat menu di sebuah papan iklan gerai burger dan beliau tertarik mahu mencuba...

Pada suatu hari ketika berjalan-jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dengan perut kosong, dia secara kebetulan menjumpai sebuah gerai burger...

Memandangkan lelaki ini terbang melakukan perjalanan ke Malaysia khusus untuk menikmati pengalaman yang eksotik, jadi dia memutuskan untuk memakan hamburger walaupun ianya membosankan. Namun, lelaki Jepun ini tertarik pada satu perkataan di papan menu yang membuatkan matanya terpaku...

Perkataan itu ialah Benjo. Benjo membawa maksud tandas di Jepun, jadi dia bertanyakan kepada tauke gerai mengenai perkataan “Benjo” apa yang dilihat di papan iklan itu. Ya, ia sememangnya Benjo...

Harganya adalah RM1.80 ringgit Malaysia kira-kira separuh harga hamburger mereka. Lalu dia tertanya-tanya jika itu adalah semata-mata harga yang mereka kenakan untuk penggunaan bilik mandi mereka...


Ia seolah-olah terlalu mahal, memandangkan kos hamburger mereka...

Lelaki ini berdiri untuk beberapa minit memutuskan sama ada dia perlu bersusah payah mencari jawapan itu...

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mencubanya. Bukan menjawab dengan jangkaan, dia menceritakan bagaimana telur Benjo dibuat di dalam acuan cincin di panggangan ditambah pula dengan beberapa kubis dan sos pedas Asia yang dipanggil sambal...


Akhirnya, Benjo diapit dengan roti biasa. Ia adalah sandwic yang mudah, tetapi cukup lazat. Itu adalah Benjo saya...

Di akhir cerita, dia mengatakan anda perlu berhati-hati apabila anda mengembara ke Malaysia...





Penjelasan Sebenar Wan Muhd Apaf Shah, Rakan Tunang Mangsa Toreh !!!!!



Pasir Puteh: “Saya tidak terbabit dalam kejadian itu,” tegas Wan Muhd Apaf Shah Wan Ismail, 25, selepas gambarnya tersebar dalam laman sosial dan dikaitkan sebagai suspek kes samun dan toreh muka seorang wanita, Ahad lalu...

Menurutnya, dia hanya tahu gambarnya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApps selepas menerima panggilan daripada rakan di kampung.

Katanya, ketika kejadian, dia berada di Kuala Lumpur kerana menjalani latihan industri.
“Selepas gambar itu tersebar, saya menerima puluhan panggilan daripada keluarga dan rakan memaklumkan perkara itu...

“Saya tidak pasti mengapa gambar saya disebarkan sama ada sekadar bergurau atau mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya...

Menurutnya, dia mengakui berkawan rapat dengan tunang mangsa Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, kerana pernah bersekolah di sekolah sama sebelum ini selain turut mengenali mangsa...

“Saya akui mengenali mangsa, tetapi tidak rapat. Sebagai rakan, tidak mungkin saya sanggup buat perkara itu kepada tunangnya, malah saya sudah lama tidak pulang bercuti kerana sibuk dengan latihan industri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk siasatan lanjut...

Bapa Wan Muhd Apaf, Wan Ismail Wan Daud, 50, berharap polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar anaknya bagi membersihkan imej dia sekeluarga. ..



SUMBER:HARIAN METRO