https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Thursday, 4 December 2014

Adakah Pasangan Ini Pasangan Normal Atau Sebaliknya??Sekali tengok Macam keluarga Normal!!!



 Louisville (Amerika Syarikat): Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak...

Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai Bianca, Nick dan dua anak mereka. Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan...

Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya, lapor akhbar Metro UK, semalam...

Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai...

Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya...



PASANGAN ITU BERSAMA ANAK MEREKA

 Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu...

Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran...

Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya...

Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal...

Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. ..



KISAH SEDIH SEORANG ANAK SEBELUM MENINGGAL!!!


GAMBAR HIASAN



Cerita ini kisah benar yg diceritakan oleh seoarang sahabat:

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun...

Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu...

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya"...

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya... Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung??

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab... dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata.

Hari ini.. semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut... tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu... Along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala akan dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepada NYA. Wallahualam.

Al Fatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Mak Su yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa Along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!!!


P3lacur Jalanan Cilik!!!

Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.

Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa m3lacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera s3ks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu.

Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.

Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah p3lacuran...




P3LACUR KANAK-KANAK MENGERUMUNI 2 ORANG PEKERJA AMAL..



MEREKA MENYEDUT GAM YANG DIKENALI SEBAGAI COLA..


RAPHAELA ANTARA P3LACUR KANAK-KANAK



Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima...

Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan s3ks.

Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak ber–usia tujuh tahun berkata: “Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan...

“Seorang budak berumur 10 tahun dipaksa menjadi p3lacur...

“Kanak-kanak ini me–ngikut kebanyakan lelaki kerana mereka ketagih pada dadah dan memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli dadah...

“Mereka menggunakan dadah untuk berasa kebas akibat penderaan s3ksual, mula menjadi ketagih lantas perlu menjual diri ber–ulang kali bagi mendapatkan wang,” katanya.

Dadah mudah diperoleh secara meluas di Brazil dan negara ini berada dalam genggaman wabak ko kain crack.

Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik.

“Saya juga dibawa ke kawasan setinggan terkenal Santo Amaro untuk bercakap secara rahsia dengan seorang pengedar dadah berpangkat pertengahan, Stephanie.

“Dia memberitahu hanya menjual crack kepada remaja dan orang tua malah seorang pelanggannya bergelar peguam.

“Apabila saya memberitahunya dadah itu sering dijual kepada anak-anak muda, dia mula menangis kerana mempunyai anak ketagih ‘crack’,” katanya.

Beliau juga bertemu komander polis, Mejar Angelo yang menjemputnya ke stesen bersama seorang pegawai dari Jabatan Pemerdagangan Manusia.

“Pegawai polis terbabit memberitahu terlalu banyak kes seksual membabitkan kanak-kanak di negara itu sehingga mereka tidak ingat satu persatu,” katanya.

Mejar Angelo menambah: “Kami memandang serius isu berhubung peminat mahu melakukan hubungan s3ks dengan kanak-kanak.

“Kami menubuhkan talian bantuan dan bertindak segera dengan mana-mana panggilan serta mencari bukti,” katanya.

Namun tidak pasti sejauh mana serius dan ikhlas anggota polis di negara itu bagi membanteras kegiatan s3ks membabitkan kanak-kanak.

Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah s3ks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak.

Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah s3ks kanak-kanak yang dikenali.




GEMPAR:Pesawat MH 2 Dalam Perjalanan Ke London Hampir Dihijack!!!!



Kejadian berlaku ketika MH 2 berada di ruang udara ke London tapi kecekapan kesemua KREW KABIN MH 2 berjaya menghalang seorang lelaki yg tengah mabuk cuba menghaburkan kata-kata kesat pada Dato Bandar London dan cuba menakut-nakutkan penumpang yg lain serta membuat provokasi melampau. Lelaki tersebut ditahan oleh pihak berkuasa London....

Syukur kesemua Penunpang dan anak kapal selamat mendarat di london...

SUMBER:CAHAYA CINTAKU



KATA-KATA WANITA YANG BOLEH BUATKAN LELAKI GH@IRAH!!!!(5 CONTOH AYAT)



Salam ollsss...Haha lagi-lagi entri santai, bukan apa kan santai itu lebih syok dari serius...Oh! ini adalah entri 1 8 S X yang bawah umur tu sila klik...M3ngatal je pandai belajar taknak. Keh..keh.. Wokey berbalik pada topik asal kata-kata pompuan yang boleh bikin lelaki naik syok habes! Wah kiranya maksudnya syok sampai habes laa nie, kalau tekan minyak meter tuk RPM habis limit nie. Haha....


Normal la bagi Am apabila seseorang pompuan berkata-kata indah dan manis hingga boleh buat lelaki menjadi luar biasa gh@1rah yer. St1m-st1m gitu. Lagi pulak pempuan yang cantik dan HOT depan mata cakap benda yang ala-ala sweet dan seduced gitu. Contohnya ;










SUMBER:AMININ.COM



Apabila Suami Cuba halang Isterinya Shopping Di ZALORA!!!


Siapa Sangka, Niat Bergurau Pada Mulanya Telah Membuatkan Pasangan Radzi Dan Nuzaimah Menerima Hadiah Yang Sangat Bermakna Daripada ZALORA Iaitu Stok Satu Tahun Pakaian Dan Kasut PERCUMA!!!



ZALORA Membuat Keputusan Untuk Datang Terus Ke Rumah Radzi Dan Nuzaimah Pada 3 Disember 2014 Untuk Memberi Mereka Kejutan Yang Tak Disangka-Sangka..











Tiada Kata-Kata Yang Dapat Diucapkan Oleh Si Suami Kepada ZALORA Selain Ucapan Terima Kasih Yang Tak Terhingga. Kedua-Dua Mereka Ternyata Terharu Terhadap Layanan Yang Diberi Oleh Pihak ZALORA....

Difahamkan, Nuzaimah Kini Sedang Mengandungkan Anak Pertama Yang Bakal Dilahirkan Beberapa Bulan Lagi. Jika Begitu, Inilah Namanya Rezeki Anak..


Apa-Apa Pun, Pujian Harus Diberikan Kepada ZALORA Atas Sikap Mereka Yang Sentiasa Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Pelanggan. Tahniah Juga Diucapkan Kepada Radzi Dan Nuzaimah. Semoga Dilimpahkan Lebih Banyak Rezeki Di Masa Depan...



Semua Pun Tahu, Membeli-Belah Itu Merupakan Salah Satu Lumrah Dan Sifat Wanita. Kadang-Kadang, Barang Yang Tidak Diperlukan Juga Akan Dibeli. Perasan Tak?

Tidak Kiralah Sama Ada 'Offline' Atau 'Online', Wanita Dan 'Shopping' Memang Berpisah Tiada..




Pada 29 November Lalu, Seorang Suami, Radzi Ali Meminta Laman Beli-Belah ZALORA Untuk Menghalang Isterinya Daripada Ber'shopping' Di Kedai Tersebut Dengan Memberi Alasan 'Server Down' Atau Lain-lain Alasan Yang Logik...



Sebagai Kedai Beli-Belah Mesra Pelanggan, ZALORA Membalas Status Berkenaan Dengan Menyatakan Bahawa Pihak Mereka Tidak Mempunyai Hak Untuk Memberi Maklumat Palsu Kepada Pelanggan Mereka...




Walaupun Begitu, Radzi Ali Masih Memohon Pihak ZALORA Untuk 'Ban' Isterinya Secara Rahsia. Beliau Juga Didapati Memberikan Nama Penuh Isterinya Itu.


Perbualan Menjadi Lebih Menarik Apabila Si Isteri, Nuzaimah Ideris Pula Turut Serta. Nuzaimah Meminta ZALORA Untuk Tidak Menghampakan Pelanggan Berpotensi Sepertinya Sambil Bertanyakan Mengenai Cara Untuk Mendapatkan Diskaun...




Akhir Sekali, Apakah Kesudahan Kepada "Konflik" Rumahtangga Ini?

Rupa-Rupanya, Pasangan Suami Isteri Ini Berniat Untuk Bergurau Sahaja, Malah Si Isteri Sebenarnya Tidak Pernah Pun Membuat Sebarang Pembelian Di Kedai ZALORA..



Perbualan Ini Telah Menjadi Viral Selepas Beberapa Hari Dan Kini Mendapat Liputan Daripada The Vulcan Post Dari Singapura Dan Juga Media Sosial Di Indonesia...




KISAH SERAM PENJARA PUDU!!

 Biarlah Pak Lang cerita tentang penjara pula. Ini mungkin berpunca dari sembang-sembang Pak Lang dengan seorang pegawai penjara di utara...Rupa-rupanya banyak perkara di sebalik tembuk penjara yang kita tak tahu...Ambillah iktibar wahai para remaja agar anda tidak terjerumus ke lubang pintu neraka dunia ini.... (Ya Allah - dengan berkat RSA dan BWasilah ar- lindungilah zuriat keturunan kami daripada gejala yang merosakkan!!)


Artikel ini bertujuan bagi mengungkap peristiwa di sebalik kejadian penutupan Penjara Pudu tidak lama dulu. Apakah rahsia sebenar yang berlaku disebalik penutupan nya yang secara tiba-tiba. Walhal, Penjara Pudu sama sekali tidak harus dirobohkan memandangkan ia adalah hasil tinggalan sejarah lama. Tahu kah anda apa kah rahsia atau kejadian yang pernah berlaku sebelum keputusan untuk merobohkan Penjara Pudu di Kuala Lumpur ini di laksanakan???

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan“BILIK TERAKHIR “ adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat tsebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung...


Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosonganPenjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula...

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung....


PENJARA PUDU

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891untuk mengurungkan 600 orang banduan. Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah...



Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.Penjara Pudu di uruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia...




JEL PENJARA PUDU

TEMBOK PENJARA PUDU







PENJARA PUDU TINGGAL KENANGAN