https://khazanahpenawar.wordpress.com/2015/08/09/ubat-resdung-paling-berkesan/

Thursday, 10 December 2015

SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertemu dengan seorang individu dari Timur Tengah berkaitan 'derma politik' RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata satu sumber.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sumber yang biasa dengan penyiasatan itu, berkata hanya terdapat seorang penderma tunggal.

"Kami hanya bertemu satu orang. Bila, di mana, dan yang, bagaimanapun, tidak boleh didedahkan," katanya kepada Malaysiakini.

Ini nampak bercanggah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa lebih daripada seorang yang telah menyumbang jumlah derma yang besar itu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 3 Ogos dan 5 Ogos, SPRM berkata ia telah mendapat maklumat dari "penderma" itu dan disahkan, berdasarkan dokumen yang diperolehi, bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan dan wang itu bukan dari 1MDB.

Minggu lalu, Pengarah Siasatan SPRM, Mohd Azam Baki memberitahu media bahawa penyiasat telah bertemu dengan "penderma" tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu temubual eksklusif dengan TV3, New Straits Times dan Utusan Malaysia awal minggu ini, Najib berkata beliau menerima sejumlah wang daripada "penderma-penderma".

Katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau penyelewengan, dan ini telah dijelaskan di Parlimen oleh timbalan perdana menteri itu.

Penderma-penderma itu, katanya, telah disahkan dan ditemui SPRM dan suruhanjaya itu juga mengambil keterangan mereka.

Dalam satu lagi temu bual eksklusif di The Star yang diterbitkan hari ini, perdana menteri sekali lagi menyebut lebih daripada seorang penderma.


sumber asal


Amaran Najib - Jika tolak UMNO, bencana akan menimpa


Rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada memilih Barisan Nasional (BN) yang didominasi UMNO atau pakatan pembangkang yang didominasi DAP yang didakwa anti perjuangan Islam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seandainya rakyat Malaysia menolak UMNO, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.

“Bencananya yang akan menimpa. Apakah kita mahu masa depan anak dan cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah…” katanya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC.

Najib berkata, kerajaan Malaysia tidak akan mengamalkan sistem dua parti walaupun walaupun negara mengamalkan sistem demokrasi.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyifatkan tidak ada satu parti sahaja yang dapat kekal memerintah buat selamanya.

Najib berkata, sistem dua parti seperti yang diperkatakan Dr Mahathir itu hanya akan membahayakan negara.

“Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam.

“Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu?,” katanya.

Tegas Najib, beliau tidak akan memberi ruang kepada mana-mana individu tertentu untuk melaksanakan sistem dua parti ini, sekali gus mengingatkan perwakilan agar lebih berwaspada.

“Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini,” katanya.






Wednesday, 9 December 2015

Shahrizat - 'Usah beri muka kepada orang tidak 'sebulu' dengan parti'


#Wanita Umno memberi amaran kepada kumpulan yang tidak sealiran dengan parti jangan cuba meruntuhkan parti yang sentiasa mencemburuinya.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata ahli hendaklah memberi kekuatan kepada presiden memimpin parti.


sumber asal


Najib - Penderma Dana RM2.6 Bilion Tak Harapkan Balasan


Penderma dana politik berjumlah RM2.6 bilion tidak mengharapkan sebarang balasan, demikian dedah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengakuan itu dinyatakan Najib yang juga Presiden Umno pada sesi taklimat tertutup di hadapan lebih 5,000 perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015.

Memaklumkan perkara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Najib bersifat terbuka ketika berucap menyentuh mengenai kontroversi derma politik tersebut.

“Beliau nyatakan pihak yang memberikan derma dalam dana politik berkenaan not expecting in return, tidak memerlukan sebarang pulangan daripada sumbangan yang diberikan itu.

“Beliau juga nyatakan mana-mana parti politik memerlukan dana, dana sebagai alat dan bukan matlamat,” katanya pada sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena PAU 2015 di sini, Selasa malam.

Turut sama pada sidang media itu ialah seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Najib turut memberitahu perwakilan bahawa kerajaan kini berhadapan cabaran ekonomi yang ditimbulkan berdasarkan fakta tidak benar.

Kata Ahmad Zahid, selain isu dana politik berjumlah RM2.6 bilion, dakwaan penyelewengan membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) turut menyumbang kepada cabaran berkenaan.

“Datuk Seri Najib menyatakan bahawa beliau perlu membetulkan fakta-fakta yang telah diselewengkan oleh serangan-serangan yang pelbagai, terutamanya apabila seorang tokoh menyatakan bahawa negara ini akan menjadi miskin dan rakyat menjadi pengemis.

“Mengenai dana RM2.6 bilion, walaupun perkara ini dijelaskan banyak kali, presiden terpaksa jelaskan lagi secara rasmi kepada perwakilan malam ini.

“Rasional yang diberikan itu memang terbukti sebagai sesuatu yang tidak melibatkan wang 1MDB atau wang rakyat. Hal ini dijelaskan dengan cukup panjang lebar,” katanya.

-mstar


Tuesday, 8 December 2015

Tips : Elak Anak Mudah Sakit. 5 Cara Betul Basuh Botol Susu



#Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul.

Tahukah ibu semua, kalau botol susu tidak dicuci betul ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!

Jadi, ibu dan ayah jangan malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja. Pastikan ia betul-betul dicuci bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian.Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.

Peraturan ini mesti dipatuhi selagi anda memberikan anak susu menggunakan botol. Pada akhir penyusuan, bilas botol dan puting susu dan ketepikan.

Cara betul membasuh botol susu anak

1. Letakkan semua botol, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang telah dibilas ke dalam air sabun panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu ditanggalkan. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering.

2. Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus botol untuk mengasingkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling leher botol serta jalur skrunya. Hati-hati ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.

3. Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu.

4. Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.

5. Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses penbersihan dan pensterilan.


Mensteril perkakasan penyusuan anak

Sekarang proses mensteril perkakasan penyusuan anak menjadi lebih mudah apabila adanya peralatan pensterilan stim elektrik yang banyak di pasaran. Pilih sahaja jenama yang mana satu cuma harganya memang agak mahal. Tetapi jangan risau kalau anda tiada peralatan tersebut.
Proses mensteril tetap boleh dilakukan tanpa masalah.

Pensterilan dengan stim elektrik

Cara ini lebih cepat dan efisien. Hanya mengambil masa lapan hingga 12 minit sahaja termasuk masa untuk menyejuk. Ia boleh mengekalkan keadaan steril botol sehinga enam jam jika ditinggalkan di dalam pensteril dengan tudung ditutup.
Pastikan botol, puting dan perkakasan lain diletakkan dengan mulutnya mengadap ke bawah. Dengan ini ia boleh memastikan pensterilan secara penuh.

Pensterilan dengan ketuhar gelombang mikro

Siapa yang ada 'mikrowave' di rumah boleh steril botol susu anak menggunakannya. Hanya ambil masa 90 saat sahaja untuk mensterilkan satu botol. Jangan tutup botol semasa dibakar dalam mikrowave, sebab tekanan boleh meningkat di dalamnya semasa proses memanaskan.

Pensterilan dengan cara didihan

Ini cara paling mudah dan digunakan oleh kebanyakan ibu. Pastikan anda sudah mencuci terlebih dahulu perkakasan botol susu anak. Masukkan semua dalam periuk besar yang mempunyai penutup.
Isikan air dan tenggelamkan semua perkakasan penyusuan sepenuhnya. Pastikan tiada udara yang terperangkap dalam botol-botol dan puting, kemudian tutup periuk dan rebus tidak kurang dari 10 minit. Selepas direbus selama 10 minit, barulah boleh tutup api dapur.
Jangan buka penutup periuk sehingga anda hendak menggunakan perkakasan tersebut.

Pensterilan dalam air sejuk

Boleh juga mensteril perkakasan penyusuan anak dalam air sejuk. Tetapi mesti menggunakan larutan bebas toksin yang larut dalam air sejuk. Ia juga ada dalam bentuk biji. Larutan in membunuh bakteria dengan berkesan. Anda boleh menggantikan larutan itu setiap 24 jam.

Boleh menggunakan bekas pensteril khas untuk tujuan mensteril dalam air sejuk sama ada baldi atau bekas plastik berpenutup. Pastikan bekas tersebut dapat menenggelamkan kesemua  botol dan peralatan lain sepenuhnya. Pastikan tiada buih dan udara tertinggal dalam botol dan biarkan ia tenggelam sekurang-kurangnya 30 minit untuk mensterilkan dengan sempurna.

Keluarkan perkakasan hanya apabila anda hendak menggunakannya. Goncang setiap peralatan bila anda mengeluarkannya, atau bilas dan buangkan semua cecair dengan air sejuk masak, jika anda suka. Namun, ia tidak berbahaya jika terus menggunakannya.




sumber asal


Najib : ‘Obama Tinggi, Saya Orang Pahang Tinggi Juga’


#Datuk Seri Najib Razak mendakwa Malaysia bukan sebuah negara yang gagal bawah pemerintahan Umno-BN.

Sebaliknya, perdana menteri berkata Malaysia semakin hari semakin maju bawah pentadbiran beliau.

“Di bawah Umno kita boleh melihat bahawa negara kita semakin hari semakin maju ke hadapan jauh sekali kita boleh dianggap ‘negara gagal’.

“Malaysia ialah negara berjaya yang kita boleh banggakan,” katanya.

Keyakinan tersebut disuarakan perdana menteri semasa beliau merasmikan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS 3.0) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam ini.

Menurut anggota parlimen Pekan itu, kejayaan pentadbiran itu jelas terbukti apabila pemimpin dunia menghormati kepimpinan negara.

“Saya tak pernah lihat pemimpin dunia yang datang baru-baru ini walaupun saiz negara kita sederhana tetapi mereka tetap hormat kepada kepimpinan kita.

“Saya tak ada masalah untuk runding dengan Presiden Obama. Obama tinggi, saya orang Pahang tinggi juga. Orang Pahang tak boleh kalah,” ujar Najib disambut tepukan mahasiswa.

Justeru, presiden Umno itu berkata tiada apa yang perlu ditakutkan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Tegas Najib, ini kerana beliau yakin Malaysia mampu berbuat demikian seperti negara maju yang lain.

“Pesaing kita adalah negara Korea, Eropah dan negara-negara maju dalam ekonomi.

“Kalau Vietnam berani masuk TPPA kita tak berani, takkan kita berani bersorak saja? Mana keberanian kita?” soal Najib.

sumber asal


Suka sama suka pun tetap haram


Umat Islam disuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, oleh itu khalwat bukan urusan peribadi individu kerana perbuatan sumbang itu menjelikkan mata  sekali gus menggugat keharmonian masyarakat, ia patut dicegah.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menegaskan, dalam Islam tidak ada hubungan lelaki dan perempuan bukan mahram dibolehkan meskipun suka sama suka.

“Cadangan kumpulan bekas penjawat awam (G25) ini memang tidak relevan. Kerana tanpa akad nikah atau hubungan mahram, pergaulan lelaki dan perempuan tetap haram.

“Apa akan berlaku kepada negara kita yang mengamalkan cara hidup Islam menghalalkan hubungan haram atas nama privasi? Tak masuk akal,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Tamyes, jika pasangan yang berkhalwat mendakwa hubungan mereka tidak mengganggu mana-mana pihak sebenarnya tanggapan itu salah.

“Jika mereka sedar dalam hidup bermasyarakat, jiran ada hak untuk bertindak iaitu melaporkan hubungan tanpa ikatan itu.

“Tak kisahlah salah seorang daripada pasangan itu Islam dan seorang lagi bukan Islam. Kita tekankan sentiasa melakukan perkara disuruh dan mencegah kemungkaran,” katanya.-sinar harian